Saturday, 30 June 2018

JUAL PETAI & JUAL MEMPELAM




MASJID ALITISAM merupakan tempat menunaikan Solat Jumaat yang digemari ramai. Parking mudah, anak kariahnya ramah serta mesra rakyat. 

Di hadapan Masjid Alitisam pula adalah tempat yang boleh mencari rezeki.  Tidak mudah berbuat demikian pada masjid-masjid yang berdekatan dengan kita seperti Masjid DiRaja Bukit Jelutong, Masjid TUDM , Masjid An-Nur Glenmarie atau Masjid Naza di seksyen 13. 


Disini peniaga boleh "blend in " dengan suasana sekeliling. Jika ada penguatkuasa masih boleh rundingcara atau budibicara. 

Petai dijual dengan harga RM6.00 seikat dan harga menjadi RM10 untuk dua ikat. Petai sudah macam harga buah kurma Ajwa atau mungkin mahal lagi. Petai mampu mengurangkan kadar gula dalam badan serta mengharumkan tandas dirumah. Kena flush la...bukan biar macam itu.

Buah mempelam sunggoh segar - namun kepada yang menjaga paras gula - ini adalah antara buah buahan yang di larang. Tengok ambil bau sahaja. Lebih berkat & lebih sihat. 



End of story. 
 

No comments: