Gambar diatas ini bukanlah gambar Tok Kadi atau Tok Mudim rasmi Taman TTDI Jaya Shah Alam yang akan menikahkan anak anda atau khatankan anak lelaki remaja anda!
Ini adalah gambar Tuan Haji Yusof Mustafa atau panggilan manja kasih-sayang cium molot HjYM pada banner yang mempromosikan KAMBING BAKAR KAWW.
Tidak dapat dinafikan, sememangnya KAWW
(bukan singkatan dari nama Ah Kaw dari Kepong).
Sedap tak terperi. Lelehan air-liur akan membasahi baju saudara. Perisa sos lada hitam akan cair dek kerana lelehan air-liur yang tidak dapat dikawal.
Malangnya HjYM ini degil. Tak mahu dengar nasihat. Dia ingat dia sahaja yang betul! Harga Kambing Bakar Kaww dia dijual dengan harga RM10.00 sahaja.
Dengan kesedapan yang tidak terperi, yang mungkin mengakibatkan Restoren Victoria Station tutup, Tony Roma bertukar menu kepada Nasi Ambeng kerana tidak mahu bersaing dengan HjYM Kambing Bakar Kaww - penasihat bawah pokok taman ini telah menasihatkan HjYM untuk menjual dengan harga RM12.00 mulai minggu hadapan.
( Nota kecil : Memang ramai pun penasihat bawah pokok di taman ini )
Tetapi HjYM ini (batu besar kapala dalam ada duduk) tetap mahu menjual Kambing Bakar Kaww dengan harga RM10.00 sahaja. Harga cinta kasih sayang kata dia! |
No comments:
Post a Comment