Saturday, 23 June 2018

HEAVY STORM WRECK HAVOC IN TTDI JAYA on 22nd JUNE

JALAN MALIM U2/6 adalah jalan yang tidak `level` . Setiap kali hujan lebat , kawasan ini akan ditengelami air dan yang terakhir untuk surut. Sudah lama perkara ini berlaku. Mulut sudah berbuih berkata-kata. Jari sudah kematu hantar whatapp. Cerita lama. Tiada tindakan. Tong Sampah warna biru turut hanyut membawa diri.

Setiap kali hujan lebat, kita Penduduk Taman TTDI Jaya semua berada dalam kerisauan. Risau peristiwa hitam yang pernah berlaku pada 26hb Februari 2006 berulang kembali. Luka lama. Parut masih segar dalam ingatan. Kesan kesan derita masih menghantui kita. 

Tembok pemisah sungai Damansara sudah berusia. Water valve agaknya sudah habis warranty period. Kawasan pam air hendaklah diselengara. Longkang telah diperbesarkan. Namun kawasan masih ditengelami air bila hujan lebat. 

Longkang dipenuhi air. Tidak bergerak. Inilah ceritanya. 

SEBAHAGIAN DARI JALAN MALIM U2/6 - tinggi sedikit air, maka kena pakir sampan untuk seberang rumah. Bau busuk, sampah bersepahan tambahan samdol bawa kereta laju menambahkan kepedihan jiwa. 

JALAN KARYAWAN U2/3 turut menderita dengan takongan air sebegini. 

BERTAKONG  AIR DI JALAN BUDAYAWAN U2/2. TONG SAMPAH JADI MANGSA. TERKULAI LAYU. 

JALAN BUDAYAWAN U2/2 - MENJADI WATER THEME PARK. SUDAH TIDAK PERLU KE SUNWAY LAGOON. SEMUANYA ADA DISINI. 

LORONG TENGAH BELAKANG antara Jalan Budayawan U2/2 dan Jalan Malim U2/6 - turut menjadi water themepark. Sudah tidak perlu pergi jauh hingga ke Gambang Pahang. 

LONGKANG BERTAKUNG  BELAKANG RUMAH . Bukan untuk acara renang kuak kupu-kupu atau kuak lentang.

PARAS AIR DI SUNGAI DAMANSARA - paras kritikal. 

ANAK JALAN YANG BERTUKAR MENJADI ANAK SUNGAI - JALAN MALIM U2/6 . 


TONTON VIDEO - NILAI SENDIRI. 

JAM 19.03 pam tidak berfungsi. Kaku. Duduk diam. Samdol. Seperti dalam gambar whatapp komuniti.  


Jam 19.29 baru pam berfungsi. Power trip - seperti yang diperkatakan. Seperti dalam gambar whatapp komuniti. 
KETUA RUMAH PAM - Encik Din & Mr Nizam  AJK Kombes


BILIK PELANCAR ROKET KE BULAN - begini rupa suis-suis dalam rumah pam. 

PENUH SAMPAH SARAP - bahan buangan serta daun-daun dan Ranting menambahkan seri wajah longkang yang tersumbat. 


NAHAS DI PERSIMPANGAN PETRONAS - mengakibatkan kesesakan lalu lintas. 

GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALANYA - cara kita urus kerja. Rasanya setiap kali ada kerja-kerja di kawasan Taman kita ini, kita perlu rakam gambar dan simpan. Untuk sebelum & selepas. 



End of Story.

No comments: