Friday, 24 August 2018

IBADAH QURBAN DI MAKASSAR - LAIN CARANYA











LAIN PADANG LAIN BELALANG -ini adalah Majlis Ibadah Qurban di Makassar Sulawesi.

Lokasi ialah di Masjid Jami Kerung Kerung dalam Kota Makassar sendiri. Kebanyakan adalah warga Tabligh serta pelajar Tahfiz di masjid ini.

Luas kawasan masjid ini ialah hampir 4 ekar lebih.
Dulu tapak masjid ini ialah kawasan Hiburan - namun pemerintah telah merobohkannya dan menjadikan tempat ini sebuah Masjid yang indah.

Qurban disini adalah berbeza - semua daging akan di masak dan di hantarkan kepada masyarakat miskin di tengah kota.

Terdapat hampir 800 keluarga yang miskin hidup di tengah Kota Makassar ini.

" Jikalau kita beri daging, mereka tidak mampu memasaknya kerana tiada peralatan serta bumbunya " kata Pak Yakop ketua disini.

" Jadi kita hantar masakan terus kepada yang miskin kota disini " ujarnya.

Peralatan yang digunakan tidak cangih namun mereka ini berkemahiran didalam melapah lembu dengan cepat dan teratur.

Inilah cerita saya.




 

No comments: