Tuesday, 12 June 2018

MENCARI PAHALA RAMADAN


INSAN YANG PERIHATIN Ini Abang Rahmat. Lemah lembut orangnya. Berbudi bahasa yang baik. Tanpa disuruh atau diperintah, Abang Rahmat setiap hari selepas Solat Terawikh akan memasukan air kedalam Water Cooler yang ada didalam Dewan Solat Utama (DSU) Masjid Al-Itisam.


Setiap hari water cooler ini dahaga dengan putaran hampir 12-16 jam sehari ini adalah kerana cuaca yang agak panas sejak kebelakangan ini. 

Abang Rahmat membeli hose getah yang panjang mngunakn duit sendiri              (jazakallah) untuk memudahkan kerja-kerja memasukan air kedalam Water Cooler yang sebanyak 10 unit ini. 

Kerja-kerja ini perlukan tenaga kudrat juga memandangkan Water Cooler ini berada di merata tempat dan hendaklah dibawa berhampiran dengan sumber air yang terdekat. 

Abang Rahmat juga merupakan salah seorang "Orang Kuat" semasa Hari Raya Qurban di Masjid Alitisam. Dia pakar menumbangkan Lembu untuk dibawa ke pelantar sembelihan.  


Semuga Allah swt memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Abang Rahmat agar beliau dapat meneruskan bakti kepada Masjid Alitisam ini. Insyallah. 




Habis cerita. 

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

No comments: