Thursday, 7 June 2018

MATA YANG SEMAK - BILA NAK BUANG ?

PROMOSI AIR MINERAL - kurang pasti samada ini merupakan satu promosi air-mineral cara baru. 

BERBELIT BELIT BENDERA - akibat tiupan angin politik. Hampir setiap ketika bertukar arah. Ikut kepala angin la.

HANYA TINGGAL KENANGAN. Bendera yang pada suatu ketika dahulu amat digeruni semasa  Pilihanraya, kini ditemani Gagak di Rimba.

MENGUNDANG BAHAYA - ini menanti masa untuk satu kemalangan sahaja. Anak panah hijau menunjukan kubu kuat Hijau ada didalam Taman ini. Tetapi bendera semua telah dicabut dengan penuh berdisiplin. Takbir!   ;-)

BAGAI PEKAN COWBOY - sangat menyakitkan mata & gegendang telinga.




SUDAH HAMPIR 30 HARI PRU14 BERAKHIR. Bendera bendera Parti meriah dipasang sejak awal bulan April lagi.


Ianya sepatutnya sudah boleh dibuka @ Buang. Namun kerana nostalgia cinta kepada parti yang tidak berbelah bagi - ianya ditinggalkan begitu sahaja. 

Persoalannya - SIAPAKAH YANG BERTANGGONG JAWAB membuang ini semua? Bilakah ianya akan dilakukan? 

Daripada Pilihanraya dah nak masuk Raya dalam masa beberapa hari lagi - bendera ini masih terlekat di sepanjang jalanraya utama dihadapan Taman kita. 




END OF STORY.



If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. 

PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : 
DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

No comments: