Saturday, 30 April 2016

Hampir Selesai Bumbung Masjid

Tarikh 30hb April, 2016. Begitu cepat pembinaan ini. Bumbung hampir sempurna kesemuanya. 

Kawasan piling untuk bangunan pentadbiran bermula serentak sebahagian dari Fasa 1 pembinaan. 

TIGA KEPING GENTING DIATAS BUMBUNG. Ini kerja berat - bukan pekerjaan mudah. 

ANGLE GRINDER DIPERLUKAN untuk misi ini. Keratan yang tepat mesti dilakukan bagi mengelakan air hujan mengalir masuk kedalam masjid. 

KERJA KEMASAN PERINGKAT PERTAMA . 

PENGAWASAN YANG TELITI oleh Penyelia. Nampak berserabut tetapi semua dalam kawalan " under-control". Pembinaan bangunan pentadbiran dengan kerja-kerja piling telah pun bermula.  

SEBELAH TANGAN SAMBIL LENGANG KANGKONG. Genting bumbung ini semua tidak ringan. Keupayaan kerja di tempat tingggi, panas terik mentari & kerja yang berat menjadi kebiasaan pekerja ini. Mereka tetap senyum puas melihat hasil kerja ini. 



IR KARIM MAHUKAN LANDSCAPE TERCANTIK

IR KARIM SEDANG BERBINCANG DENGAN ZAINAL untuk mencantikan kawasan muka hadapan masjid agar cantik dan indah. Malangnya banyak pula sampah yang kena buang . Ini bangla punya peragai buang sampah keliling. 

Perbincangan sebut harga - semua kena siapa dalam budget RM2,500 sahaja. Pokok kita pilih bersama. 

" Harga mau rendah, kerja mahu cantik & tepat masa pada 23hb Mei 2016 - mahu kasi selesai " kata Tuan IR Karim pada Zainal. 

NANGKA MADU J33 - RM5.00 SATU BEKAS

TAK KENA GETAH NANGKA. Kalau kita beli nangka sendiri siapa sedialah untuk kena getah nangka. Tapi bila beli disini senang dan mudah. Bayar dan makan. RM5.00 sahaja sebekas.

NANGKA DARI LADANG PAHANG. 


Kepada yang banyak sakit sendi, nangka bukan buahan yang sesuai. Makan manggis atau durian Musang King, bagus tu. 
.

Thursday, 28 April 2016

GENTING BUMBUNG SEDANG DIPASANG









Hari ini 28hb April, 2016 - kerja-kerja pemasangan bumbung genting sedang dijalankan. Kerja ini memerlukan hati yang cekal serta kudrat yang kuat. Insya-Allah akan siap sepenuhnya dalam masa sedikit hari lagi. 

TUMPANG SEKAKI - Burung gagak mengambil besi dawai dari kawasan pembinaan masjid al-itisam untuk turut membina sarang mereka. 

BENGKEL DAKWAH KREATIF - 7 MEI 2016



Jangan lupa - 7hb Mei 2016.

Wednesday, 27 April 2016

MAJLIS TAHNIK CUCUNDA HAJI YUSOF TALIB

Tuan Haji Abdul Jabar Kasim : Sedang memberi penerangan mengenai tahnik cucunda Haji Yusof Talib pada majlis yang ringkas tetapi penuh makna. 


Yang Berbahagia Dr Ali Saripan sedang menyuap manisan madu pada cucunda Haji Yusof Talib serta disaksinak oleh para jemaah masjid.
Ayahanda Ustaz Sujak bersama dengan Ustaz Fairus turut sama pada majlis ini. 


Tuan Haji Nik Munir dengan rasa gembira serta bersyukur dapat bersama meraikan tahnik pada malam yang berbahagia ini. 


Pengertian tahnik dijelaskan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah,
والتحنيك مضغ الشيء ووضعه في فم الصبي ودلك حنكه به يصنع ذلك بالصبي ليتمرن على الأكل ويقوى عليه وينبغي عند التحنيك أن يفتح فاه حتى ينزل جوفه وأولاه التمر فإن لم يتيسر تمر فرطب وإلا فشيء حلو وعسل النحل أولى من غيره
Tahnik ialah mengunyah sesuatu kemudian meletakkan/memasukkannya ke mulut bayi, lalu menggosok-gosokkan ke langit-langit mulutnya. 
Dilakukan demikian kepada bayi agar supaya ia terlatih terhadap makanan dan untuk menguatkannya. 
Dan yang patut dilakukan ketika mentahnik hendaklah mulut bayi tersebut dibuka sehingga sesuatu yang telah dikunyah masuk ke dalam perutnya. 
Dan yang lebih utama ketika mentahnik ialah dengan kurma kering (tamar). 
Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering (tamr), maka dengan kurma basah (ruthab). 
Dan kalau tidak ada kurma dengan sesuatu yang manis dan tentunya madu lebih utama dari yang lainnya (kecuali kurma).”(Fathul Bari, 9:558,  Darul Ma’rifah, Beirut, 1379 H, syamilah)
Himah tahnik adalah agar yang paling pertama masuk di perut bayi adalah sesuatu yang manis dan ketika itu berdoa mengharapkan keberkahan.
Syaikh Muhammad Shalih al-Munajjid hafidzahullah menjelaskan,
وأما الحكمة من التحنيك بالتمر، فقد كان العلماء قديما يرون أن هذه السنة فعلها النبي صلى الله عليه وسلم ليكون أول شيء يدخل جوف الطفل شيء حلو ، ولذا استحبوا أن يحنك بحلو إن لم يوجد التمر
“Adapun hikmah dari tahnik menggunakan kurma, para ulama terdahulu berpendapat bahwa ini adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam agar yang paling pertama masuk ke perut bayi adalah sesuatu yang manis, oleh karena itu dianjurkan mentahnik dengan sesuatu yang manis jika tidak mendapatkan kurma.
Al-Mawardi rahimahullah berkata,
فعند من يجيز التحنيك فالأفضلُ عنده أن يكون بالتمر، فإن لم يجد فيحنِّكه بشيءٍ يكون حُلْوًا على ما ذهب إليه الشافعية والحنابل
“Menurut ulama yang membolehkan tahnik (bukan perbuatan khusus bagi Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam saja), maka yang paling utama menurut mereka menggunakan kurma, jika tidak ada maka dengan sesuatu yang manis sebagaimana pendapat Syafi’iyyah dan Hanabilah.”
(Al-Inshaf lil Mawardi 4:104)
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata,
كون التحنيك بتمر وهو مستحب ولو حنك بغيره حصل التحنيك ولكن التمر أفضل

Tahnik dilakukan dengan kurma dan ini mustahab, namun andai ada yang mentahnik dengan selain kurma maka telah terjadi perbuatan tahnik, akan tetapi tahnik dengan kurma lebih utama.”
(Syarhu Muslim lin Nawawi 14:124, Dar Ihya’ut Turost, Beirut, cet. II, 1392 H, syamilah)


Sunday, 24 April 2016

PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA BARU - SELAMAT DITUBUHKAN

WAJAH AJK PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA (BARU) MARCH 2016 - MARCH 2018. Duduk dari kiri Tuan IR Karim @ Nazir Masjid Al-Itisam, Tuan Haji Abdul Rashid Omar (Bendahari) Tuan Haji Zakaria Marican (Timbalan Pengerusi) , Tuan Haji Abdul Jabar Kasim (Pengerusi) Encik Suhairi Najmut (Setiausaha) 

TUAN HAJI ABDUL JABAR KASIM - PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA (BARU). 

Pemilihan yang dibuat oleh penduduk Taman TTDI Jaya secara demokrasi undian. 

" Saya bersama dengan Ahli Jawatankuasa yang lain akan menunaikan tenggong-jawab setelah diamanahkan jawatan ini. Saya akan memastikan segala yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Jawatankuasa ini akan mula menjalankan tugas mulai hari ini sehingga bulan march 2018  dan meletak jawatan apabila sampai waktu tersebut " kata beliau. 

TUAN HAJI ZAKARIA MARICAN - TIMBALAN PENGERUSI.

SAUDARA SUHAIRI NAJMUT - SETIAUSAHA 

TUAN HAJI ABDUL RASHID OMAR - BENDAHARI.

Y. BHG DATO BAHARANUDDIN BIN CHE ZAIN of Jalan Sasterawan U2/5 sedang menyatakan sesuatu yang positif semasa mesyuarat penubuhan. 

WAKIL FASA : Capt Halim & IR Karim @ Nazir Masjid turut dilantik mewakili Persatuan Penduduk. 

TUAN HAJI YUSOF TALIB sedang memberi cadangan mengenai peranan Persatuan Penduduk untuk turut sama menjayakan Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam. 

TEKUN MENDENGAR TAKLIMAT. Haji Yusof Panjang turut sama dalam mesyuarat ini. 


ANTARA YANG HADIR PADA MESYUARAT INI. 
Sambutan yang sangat baik yang mewakili keseluruhan penduduk taman. 

WAKIL ANAK KECIL YANG JUGA PENDUDUK TAMAN. Tekun mendengar taklimat dari tuan pengerusi. 

SEBULAT SUARA BERSETUJU. MENGUNDI TUAN HAJI ABDUL JABAR KASIM SEBAGAI PENGERUSI.

SAUDARA USTAZ YAZID membaca dengan penuh sayu pada majlis ini. Beliau telah mengatur lokasi bilik mesyuarat dengan sempurna bersama dengan kelengkapan sistem pembesar suara. 

LAGU & IRAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN - HAJI JABAR & MIKROFON juga tidak dapat dipisahkan. Sentiasa penuh dengan fakta, bersahaja dan adakalanya lucu. Perjalanan mesyuarat berjalan lancar serta memenuhi objektif seperti yang dalam agenda yang dinyatakan.

" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk hadir di mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk TTDI Jaya baru ini. 


Insya-Allah semua AJK akan menjalankan tanggong-jawab seperti yang diamanahkan oleh penduduk " kata Haji Jabar.

Objektif utama mengenai gerak kerja banjir, nyamuk aedes serta keselamatan penduduk taman adalah misi utama kami. 


AJK tidak mampu berfungsi tanpa sokongan penduduk semua. 

Marilah kita bersama sama menjadikan taman kita ini tempat yang paling indah untuk tinggal bersama dan bermasyarakat yang harmoni " kata beliau. 

Saturday, 23 April 2016

TAKLIMAT FOKUS GROUP MAMPU BANTU CARI DANA MASJID AL-ITISAM


PRIHATIN & SEDIA : IR Karim Nazir Masjid memberi taklimat khusus kepada Fokus Group ini. 

TAKLIMAT OLEH IR KARIM - NAZIR MASJID AL-ITISAM 2016-2018. Sedia memberi taklimat serta berkongsi idea mengenai cara mendapatkan dana pembesaran Masjid Al-Itisam. 


DR HAJI WAN RAMLI BEGITU MENGAMBIL BERAT : 

KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT : 
LIMA SEKAWAN :  Mereka Lima Sekawan ini akan berusaha merealisasikan Pembesaran Masjid ini dengan jayanya - mereka komited.  Insya-Allah. 
AYAHANDA TUAN  USTAZ HAJI SUJAK TERHARU :  Sunggoh terharu Ayahanda Ustaz melihat akan pembesaran masjid ini. Ayahanda sentiasa berdoa agar semua berjalan seperti yang dirancangkan. 

BERTANYA MENGENAI STATUS BUMBUNG : Insya-Allah genting bumbung akan siapa sepenuhnya dalam 14 hari dari sekarang. 


Tuan Haji Abdul Jabar Kasim telah menyerahkan derma sebanyak RM10,000.00 kepada Tabung Dana Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Tuan Haji Khamis Timbalan Nazir Masjid Al-I'tisam dikawasan tapak pembesaran Masjid Al-I'tisam.


" Derma saya ini adalah tulus ikhlas untuk Projek Pembesaran Masjid Al-I'tisam. Sesunggohnya pihak AJK Dana Pembesaran Masjid telah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tugasan mereka. Kita hendaklah membantu menjayakan Projek Pembesaran ini " kata Tuan Haji Abdul Jabar Kasim.

" Insya-Allah dengan kerjasama semua , kita mampu menjayakan Projek Pembesaran ini ", tambah beliau.