Thursday, 11 August 2016

DARI SUDUT ATAS









HARI INI 10hb Ogos 2016 - saya menyerahkan kamera Lumix Panasonic DMC-FZ28 saya kepada seorang pekerja binaan Bangladesh di Masjid Al-I`tisam.

Tujuannya untuk merakam gambar dari atas. Saya tidak mampu naik ketingkat tiga pembinaan ini disebabkan kecederaan ditangan kiri. 

Untuk misi ini saya seraahkan kepada seorang pekerja asing disini. Setelah memberi taklimat, akan pengunaan kamera ini dan cara-cara merakamkan gambar, beliau setuju.

Maka gambar diatas adalah hasil kerja pekerja disini. 

Jazakallah. 

Wednesday, 10 August 2016

PECAH RUMAH SEBENAR


INILAH DEFINASI PECAH RUMAH SEBENAR. Rumah yang dibuat semula akibar rekahan yang serious serta kemendapan tanah diruang dapur.

JIRAN INI PRIHATIN :   Terdapat bin sampah menanti untuk sampah dikutip hampir setiap hari. Kerja-kerja tidak dijalankan pada hari Ahad kerana menghormati jiran tetangga. Sampah bahan binaan tidak dibuang merata tempat. Peka terhadap sikap kejiranan. 

Terima kasih. 



SKUAD DENGGI MBSA BAGUS



NYAMUK AEDES ADALAH ANCAMAN BAHAYA PENDUDUK. MBSA tidak bagi peluang untuk nyamuk Aedes yang membawa penyakit demam denggi dan demm denggi berdarah.

Jika terdapat maklumat ada beberapa ekor nyamuk denggi dikawasan perumahan kita - maka skuad ini akan muncul.

Semburan waktu dari jam 6.30 petang ialah waktu nyamuk aedes sedang happy hours keluar bersiar-siaran mencari darah manis. 

TAZKIRAH ASAR BAWA TOPIK MENARIK




TAZKIRAH ASAR PADA 9HB OGOS mengupas topik yang amat menarik untuk ahli jemaah. 

BANGUNAN PENTADBIRAN MANTOP

GIGIH MENJALANKAN TUGASAN


SUDAH DI TINGKAT TIGA bangunan pentadbiran ini. 

Sudah nampak rupa bangunan pentadbiran yang serba lengkap ini.

Dibahagian lekok "L" sedang siap untuk kerja mula. 

Gagah berdiri teguh. 

BERKIBAR MEGAH JALUR GEMILANG KU.





PERMANDANGAN BAHAGIAN BAWAH . Begini rupa ruang bangunan pentadbiran yang serba lengkap. 

Dalaman bilik air dan tandas dalam kawasan bangunan pentadbiran. 




Gambar dirakam pada 9hb Ogos, 2016 Jam 5.15 petang.

Tuesday, 9 August 2016

TUKANG JAHIT KAKI LIMA





" Panggil saja saya Man " kata tukang jahit kaki lima ini.  Saya menghulurkan wang untuk membayar akan jahitan bendera Malaysia yang akan di gantung diperkarangan pembangunan Masjid Al-Itisam . 

" Tidak perlu, Pak. Untuk masjid enggak perlu upahin " katanya dengan bersunggoh. 

Masih ada insan yang berhati mulia sedekah rezekinya untuk Masjid walau pun rezekinya disitu. Jazakallah Man. Terima kasih. 

PERMANDAGAN DARI KAMERA DRONE





Ini adalah permandangan dari kamera Drone yang diambil oleh Saudara Midy Bidin pada 31hb Julai, 2016. 

Terima Kasih Saudara Midy Bidin. 

Pembangunan Pembesaran Masjid Al-Itisam begitu pesat sedang berjalan ketika ini. 

Monday, 8 August 2016

JPKRT anjur Majlis Jamuan Perpaduan & Aidil Fitri


Yang Berbahagia Datuk Md Nasir bin Haji Ghani sedang menyampaikan ucaptama pada Majlis Jamuan Perpaduan & AidilFitri di perkarangan Jalan Sajak yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemuafakatan Kawasan Rukun Tetangga Taman TTDI Jaya Shah Alam pada 6hb Ogos 2016 .


Turut serta menjalinkan silaturahim ialah Ayahanda Ustaz Haji Sujak & Tuan Jalaini Emcee.


  1. PENERANGAN YANG JELAS DARI IR KARIM NAZIR MASJID AL-ITISAM: Dari kiri Mohd Arpi, IR Karim dan Yang Berbahagia  Datuk Haji Nor Hisham Ses Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam di Majlis Jamuan Perpaduan. 


GAMBAR KENANGAN BERSAMA JAMUAN PERPADUAN. 


SUNGGOH MERIAH : Persembahan Ghazal dan tarian ala Padang Pasir turut mewarnai Majlis Jamuan Perpaduan. 
HAJI ABDUL JABAR KASIM tetap hadir bila ada jemputan. Kelihatan Captain (B) Halim sedang menikmati keenakan rasa sebenar daging kambing bakar yang begitu berperisa.


GAMBAR KENANGAN FREE STYLE - kemesraan yang terjalin indah sesama penduduk taman.