Saturday, 9 January 2016
Friday, 8 January 2016
CLAYPOT GULAI PATIN TEMPOYAK TERMERLOH
|
|
EATING HEAVEN : Our taman TTDI Jaya Shah Alam is an eating heaven. There are at least 30 eating places in our neighbourhood alone. This is to cater the gastronomy desire of the population of 9000 plus minus residence here.Choices are plenty - from your favourite mamak stall, east coast delicacies, Arab food, Thai food, humble nasi lemak, western food, char kway teow, southern food , etc. Big names that operates 24 hours a day Shaz Restaurant, Makbul, are indications of the people staying here has got the nocturnal eating habit in wee hours. It could also be a medium of easy hangout to socialise and catchup on the latest gossips that need to be confirmed. |
CLAY POT. This is the Clay pot Gulai Patin Tempoyak Termerloh - quite mouthful to pronounce and quite mouthful to eat too. It is because you are enjoying it.
The price as per above RM14.90 per complete set. When you pay exactly RM15.00 ( keep the change lah 10 sen only ).
What actually can you get for less than RM15.00 a complete decent meal in an air con environment & good ambiance within the neighbourhood. I ordered the Claypot Gulai Patin Tempoyak which comes in three choices the head, body or tail. I prefer the body as it is more meaty in flesh. The head somehow does not goes well visually as it look like a snake head fish ( Ikan Toman ) and where else the tail less flesh to me.
Anyway your meat is my poison and vice verse. Just go there and eat and be merry.
Thursday, 7 January 2016
LALUAN PINTAS BANGLA
![]() |
| Misteri Basikal yang terikat di pagar berhampiran dengan rumah pam terunkai. Milik siapakah basikal ini? |
Adakalanya anda mungkin terserempak beberapa orang bangla dan warga asing melalui jalan pintas menyeberangi kawasan tadahan air serta loji kumbahan. Kearah mana mereka pergi? Apa yang mereka buat? Apa yang ada disana? Mungkin ini persoalan yang bermain diminda anda. Kita menjejaki sedikit adventure laluan antarabangsa ini.
Laluan Jalan Sastera Sepuloh U2/1K - berhampiran dengan rumah pam & Surau As-Sakeenah.
![]() |
Laluan denai ini mungkin kelihatan merbahaya kepada penduduk tempatan namun ini menjadi laluan seharian kepada bangla untuk mencari jalan pintas yang mudah untuk mereka bekerja.
|
![]() |
Kelihatan bangla dengan bersahaja melalui laluan ini tanpa rasa khuatir dan risau.
|
![]() |
| Ada berani ? Jambatan kayu yang dibuat secara berjemaah oleh bangla atau mungkin warga asing lain untuk menyeberangi Sungai Kuning. Jambatan ini merupakan laluan harian mereka. |
GERUN akan kestabilan jambatan kayu ini bagaikan dalam filem Indiana Jones. Sekali tergelincir anda terpaksa membuat `kuak lentang atau kuak dada` untuk mennyelamatkan diri. Arus Sungai Kuning ini agak deras juga aliran air.
Wednesday, 6 January 2016
TASKI ABIM TTDI JAYA BERPINDAH
Tuesday, 5 January 2016
DISKUSI BUKU BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
![]() |
Yang Berbahagia Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri -
Sahibus Samahan Al-Fadil - Mufti Wilayah Persekutuan
|
![]() |
| Diskusi Buku " Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu " begitu menarik kupasan dari buku ini. |
![]() |
| " Untuk solat yang khusyuk - musuh kita syaitan & iblis, kita jangan layan dia " menjawab soalan dari seorang anak kariah. |
![]() |
| " Dalam masa solat kita sedang berinteraksi dengan Allah jesturu perlu khusuk dalam mengerjakan ibadah ini." tambah Datuk Dr Zulkifli |
Penjualan kita-kitab dan buku buku di dalam perkarangan Masjid Al-I`tisam menarik minat ramai.
Gambar bersama Pegawai & Jawatankuasa Masjid Al-I`tisam tahun 2016-2018 didalaam bilik mesyuarat 1.
Maklumbalas cadangan & teguran : adinoor@yahoo.com
Monday, 4 January 2016
PROJEK PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM PERLU SUMBANGAN ANDA
![]() |
| Pernahkan anda menerima risalah ini yang menjemput anda untuk turut menjayakan pembangunan Masjid Al-Itisam TTDI Jaya. Jika ada apakah tindakan anda? |
![]() |
| Pelan induk pembesaran Masjid Al-I`tisam. |
| Fasa 1 projek sedang giat dijalankan. |
Keadaan semasa setelah beberapa kontena telah di ubah dan di runtuhkan.
| Pekerja yang giat berkerja didalam keadaan cuaca yang tidak menentu. |
Hanya ini yang tinggal dalam proses untuk di robohkan.
Sunday, 3 January 2016
SUDAHKAH ANDA MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM ?
![]() |
Lakaran lukisan perspektif untuk kerja-kerja menaiktaraf Masjid Al-Itisam TTDI Jaya Shah Alam Selangor. |
Masjid Al-Itisam sentiasa mesra kepada anak kariah serta menarik minat ramai untuk menimba ilmu pada program-program dakwah yang dijalankan pada setiap minggu.
![]() |
| Visual lakaran menaik taraf Masjid Al-I`tisam TTDI Jaya Shah Alam. |
Friday, 1 January 2016
JAWATANKUASA BARU MASJID AL-I`TISAM KOMITED JAYAKAN PEMBESARAN MASJID
![]() |
| Tuan Nazir tahun 2016-2018 Ir Abdul Karim Bin Mohamed @ Ismail |
![]() |
| Tuan Haji Khamis bin Abdul Kadir - Timbalan Nazir |
Tahniah diatas perlantikan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah bagi tempoh 1hb Januari 2016 sehingga 31hb Disember 2018. Perlantikan ini membawa satu nafas baru kearah pembangunan Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya Shah Alam ini.
Menurut Tuan Ir Abdul Karim Bin Mohamed @ Ismail selaku Nazir Masjid Al-I`tisam berkata " Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk pembangunan masjid di taman kita ini. Antaranya kita akan membuat pengstrukturan organisasi masjid dalam masa yang terdekat , penyelerasan imbuhan kepada pegawai-pegawai masjid seperti imam, bilal dan juga siak. "
" Perancangan pembangunan semula masjid termasuk promosi dana serta fasa-fasa pembangunan yang sedang giat dijalankan kini. Kita juga merancang program-program harian , mingguan, bulanan dan berkala yang lebih komprehensif kepada anak kariah " tambah beliau.
Beliau juga menjelaskan akan pentingnya pematuhan dan pencapaiaan KPI didalam mentadbir masjid.
Tambah beliau " Penyelarasan dengan masjid-masjid dan surau disekitar dalam kariah serta sasaran semua bersolat jemaah di masjid Al-I`tisam adalah perkara yang juga didalam pelan tindakan jawataankuasa baru".
![]() |
| Surat perlantikan secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Selangor. |
![]() |
| Surat senarai nama perlantikan Pegawai Masjid & Jawatankuasa Kariah yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor - Rujukan Bil4/2015 pada 15hb Disember 2015 |
Subscribe to:
Posts (Atom)


























