Friday, 7 October 2016

BANGUNAN PENTADBIRAN SUDAH PASANG JERIJI BUMBUNG

Tersergam indah. 

Sibuk sehingga jam 6.00 petang menyiapkan bangunan pentadbiran ini. 

Tersergam indah bangunan pentadbiran ini. 

Permandangan dari bangunan sekolah ugama. 

Pesat pembinaan bangunan ini. 

Dari sudut tingkat 3 Sekolah agama. 



Permandangan dari Aras Satu ( level 1 ) bangunan pentadbiran. 

Akan disambung tidak lama lagi.

Akan disambung menjadi bentuk "L" bangunan. 







Dewan besar diaras dua bangunan. 

Kerja-kerja memasang dinding pemisah serta rangka pintu dan tingkap di aras dua. 

Salah satu dewan kuliyah di aras dua bangunan pentadbiran. 

Dewan kulliyah di aras dua penjuru bangunan. 

Dewan kuliyah diaras dua . 

Bilik Pegawai yang menghadap jalanraya utama . 

Dewan pelbagai guna di aras dua bangunan .


Salah satu bilik kuliah di aras bawah bangunan pentadbiran. Kerja-kerja pendawaian sedang dijalankan. 

Koridor diaras dua ( level 2 ) yang luas .


Permandangan dari aras satu bangunan. 





Gambar gambar diatas membawa saudara melihat dengan lebih teliti akan pembangunan Bangunan Pentadbiran yang berbentuk "L" ini yang sedang rancak pembangunannya. 

Gambar gambar ini dirakam pada 5hb & 6hb Oktober 2016 sekitar jam 5.30 petang. Pada waktu ini kerja-kerja masih dijalankan. 

Kita perlukan bantuan untuk pembiayaan ini. 
Salurkan dana ikhlas saudara kepada 

Dana Kompleks Islam Al-Itisam - 
Akaun Maybank 5624-7813-0016.

Jazakallah. 



Sunday, 2 October 2016

SPR BUKA KAUNTER DI MASJID AL-ITISAM PADA 30HB SEPTEMBER 2016








SURUHANJAYA PILIHAN RAYA - SPR telah membuka kaunter pendaftaran dan semakan untuk penduduk Taman TTDI Jaya pada 30hb September 2016 - Jumaat di perkarangan Masjid Al-Itisam. 

Kaunter ini dibukan dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang dan sambutan yang diberikan amat menggalakan sekali. 

Pelbagai lapisan masyarakat dilihat turut serta membuat semakan dengan SPR serta pendaftaran pada yang tidak pernah mendaftar. 


TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM DISURAU SAKEENAH BERJAYA

YANG BERUSAHA IR ABDUL KARIM - NASIR MASJID AL-I`TISAM sedang memberi taklimat mengenai status Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam kepada anak kariah Surau As-Sakeenah pada 28hb September 2016 - Hari Khamis selepas solat Maghrib yang dihadiri oleh anak kariah Mayang Sutera, Mayang Sakeenah dan Mayang Sastera.

" Taklimat pembesaran Masjid Al-I`tisam ini adalah perlu dilakukan berskala bagi memastikan semua anak kariah ditaman ini mengetahui akan perkembangan pembangunan pembesaran masjid kita.  Melalui kaedah berjumpa sebegini kita mahu anak kariah dapat bersama masjid untuk menjayakan pembangunan masjid. " tambah beliau.

Sebahagian dari anak kariah surau As-Sakeenah yang turut sama pada taklimat pembesaran masjid.




TEKUN & KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT dari IR Abdul Karin - Nazir Masjid.
PERCUMA : PEMBERIAN TABUNG DAN RISALAH MAKLUMAT mengenai Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam. 
SAUDARA ZULKIFLI - turut serta dalam sessi taklimat ini. 

PENERANGAN SECARA PERIBADI - dilakukan oleh Haji Khamis Timbalan Nazir dan Mohd Arpi - Setiausaha Masjid penggal 2016/2018.

KAUNTER KHARIAT KEMATIAN - HAJI MARZUKI sedia berkhidmat membuka kaunter khariat kematian untuk semakan atau pendaftaran baru. 

PEMBANTU URUSETIA - CIK HIDAYAH & RAKAN turut membantu kaunter pendaftaran Tabung Pembesaran Masjid. 


Saturday, 1 October 2016

MENCARI REZEKI DUNIA & AKHIRAT




Walaupun peniagaan ini kecil, hanya menumpang mecari rezeki dilaluan jalan-raya dengan menjual Teh Ais Madu - namun hasrat yang tulus ikhlas  untuk membantu menjayakan Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam tetap membara. 

Kelihatan sebuah tabung - TABUNG KITA - tersusun dihadapan gerai yang cantik ini. 

Mencari rezeki dunia dan akhirat - semuga Allah swt memberi ganjaran yang melimpah kepada usahawan ini. 

In-sya-allah .

Wednesday, 28 September 2016

BANGUNAN PENTADBIRAN SUDAH MULA PASANG JEREJI BUMBUNG














GAMBAR GAMBAR INI DIRAKAM PADA 28hb September 2016 .

Kita sudah mula nampak jeriji beri yang akan menutupi bumbumg utama bangunan pentadbiran ini yang merupakan bangunan yang direka untuk pelbagai guna.

Terdapat dewan kuliah besar, bilik-bilik pentadbiran, bilik kuliah, bikik jenazah, serta pejabat am.

Kita perlukan bantuan untuk pembiayaan ini.

Salurkan kepada Dana Kompleks Islam Al-Itisam -

Akaun Maybank 5624-7813-0016.

Jazakallah. 

Tuesday, 27 September 2016

BANGLA MAIN KRIKET DIPADANG KITA - SUNGGOH HEBAT












SETIAP HARI AHAD DI PADANG BOLASEPAK TAMAN KITA * berhampiran dengan kolam takongan kita akan dapat melihat warga Bangladesh memenuhi padang permainan ini dengan bermaik Kriket. 

Kriket merupakan permainan utama mereka maka tidak hairan mutu permainan yang dipamirkan adalah setaraf permainan antarabangsa. Pakistan, India, Bangladesh, England merupakan gergasi Kriket dunia. 

Malangnya Malaysia tidak tersenarai dalam liga elit ini. 

Masalahnya kita yang tidak faham apa yang mereka menjerit ditengah padang. 

Namun demikian kita boleh enjoy permainan percuma yang dipamirkan.