Tuesday, 6 September 2016

URUTAN ALA THAI OLEH UST ROSLI

URUTAN YANG MEMAKAN MASA HAMPIR 2 JAM OLEH USTAZ ROSLI. Orangnya simple. Dia datang dari Pattani Thailand.

Kekuatan tangannya mencari urat sememangnya hebat. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga diselang-selikan semasa mengurut. 

URUTAN BAHAGIAN BAHU YANG BEGITU MELEGAKAN. Segala punca kesakitan badan dapaat difahami oleh Ustaz Rosli ini. Beliau yang terlatih dalam bidang urutan Thailand dari Chiangmai mampu membantu kita didalam segala kesakitan belakang serta sendi sendi.

Nasihat yang berguna seperti tidak meminum air sejuk dan beberapa jenis senaman ringan yang perlu dibuat bagi memperkuatkan badan juga di beri petua. 

PERATALAN MEMPERBAIKI BADAN KITA MELALUI KAEDAH PERTUKANGAN.
Lemak-lemak yang degil berpuloh tahun dalam badan kita harus di buang melalui kaedah ini.

Sakit tak ? Paling sedap dalam dunia. Sakit, sedap dan mempersonakan.

Nak urut - hantar SMS Urut pada 010-8954470. Tunggu dia reply.


Monday, 5 September 2016

MESYUARAT KE-3 PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA BARU BENTANG PELAN TINDAKAN BERSEPADU


TUAN HAJI ABDUL JABAR KASSIM - PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TTDI JAYA BARU - telah membentang pelan tindakan khas untuk mengatasi masalah banjir di taman serta gotong royong perdana bagi membenteras nyamuk aedes agar taman kita ini bebas dari demam denggi dan zika.

" Kita akan membuat perjumpaan dengan MBSA bagi membincang pelan tindakan yang bersepadu bagi mengatasi nyamuk aedes. Gotong Royong Perdana adalah dalam perancangan kami bagi meliputi seluruh taman.

Saya menyeru semua penduduk taman untuk sama-sama meluangkan masa bagi memastikan tiada lokasi untuk nyamuk membiak di taman kita ini " ujar beliau semasa mempegerusikan mesyuarat kali ke-3 Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya pada 4hb September 2016 bertempat di Restoren Bistro.

Sunday, 4 September 2016

PROGRAM POLITEKNIK SHAH ALAM INCUBATOR IN SOCIAL ENTREPRENEURSHIP BERJAYA PUPUK SEMANGAT USAHAWAN

PEMENANG USAHAWAN TERBAIK - bergambar kenangan. 



PUAN HAJJAH AMIDAH BINTI MOHD UJANG - TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH :  

" PSA Incubator in Social Entrepreneurship adalah bertujuan untuk memberi sumbangan perkhidmatan kepada masyarakat setempat sekaligus memperkenal dan mempraktikan aktiviti keusahawanan di kalangan peserta inkubator PSA kepada komuniti setempat. " 

TUAN HAJI MOHD GHAUS BIN AB KADIR - TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK . 

"  Sistem pendidikan tinggi Malaysia telah melalui pelbagai proses transformasi supaya sentiasa relevan dan berdaya saing seiring dengan persaingan global. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 ( pendidikan Tinggi ) atau PPPM (PT) pada 7hb April 2015 telah mengariskan 10 lonjakan asas.

Antaranya ialah menyemai minda keusahawanan dalam seluruh sistem pendidikan tinggi dan mewujudkan ekosistem pendidikan tinggi yang kondusif bagi melahirkan 'penjana pekerjaan" dan bukan sahaja 'pencari pekerjaan" di kalangan lulusan IPT ". 

SEBAHAGIAN DARI PELAJAR PSA DI DEWAN BUNGA KERTAS TAMAN TTDI JAYA SHAH ALAM SELANGOR. 4hb September 2016.

AKTIVITI PELAJAR USAHAWAN . Mencari minyak masak lusoh. 

KERJA BERPASUKAN : Melepasi jurang keusahawanan yang tinggi dan tekun. 



GIGIH & GAGAH : Mahasiswa yang gigih serta berkemampuan tinggi bakal menerajui negara. 

PENUH KESOPANAN : Memberi salam pada temu-janji yang telah dibuat. 

AKTIVITI KEBUN : Tenaga muda yang kuat dan kukuh.


Tahniah - tenaga pengajar PSA. Program seperti ini akan matang dan berjaya pada tahun-tahun berikutnya. Komuniti Taman TTDI Jaya akan sentiasa menyokong usaha murni untuk generasi pelapis bangsa.

Friday, 2 September 2016

TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID DI SURAU AL-HIDAYAH PANGSAPURI SRI MELEWAR

TUAN HAJI ZULKIFLE BIN MUHYIDIN - PENGERUSI SURAU AL-HIDAYAH PANGSAPURI SRI MELEWAR - sedang menyampaikan ucapan alu-aluan kepda AJK Pembesaran Masjid Al-Itisam TTDI Jaya. 


TUAN IR ABDUL KARIM - NAZIR  : Sedang menberi taklimat khas pembesaran Masjid Al-Itisam pada jemaah surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Melewar. 








SUMBANGAN DARI PIHAK SURAU AL-HIDAYAH KEPADA TABUNG DANA PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM. JAZAKALLAH. 

MAJLIS TAKLIMAT INI DIADAKAN PADA 1HB SEPTEMBER 2016 - BERTEMPAT DI SURAU AL-HIDAYAH PANGSAPURI SRI MELEWAR SELEPAS SOLAT ISYA DI HADIRI OLEH SERAMAI HAMPIR 60 ORANG JEMAAH MUSLIMAT & MUSLIMAH. 


HUJAN LEBAT PENDUDUK CEMAS

PARAS AIR SG DAMANSARA - Ini adalah paras air Sg Damansara pada sekitar jam 6 petang pada 1hb September 2016. 

PERMANDANGAN YANG MENYEBABKAN PENDUDUK CEMAS - Air di Sungai Damansara ini mengalir deras dari arah Damansara.  Segala sampah sarap dibawa bersama. 



PARAS AIR PADA JAM 6 PETANG - 1HB SEPT 2016. Penanda aras ketinggian air sungai dapat kita lihat disini. Paras bahaya dan berjaga-jaga pada paras 8 hingga 9. 

BURUNG PUCONG MALAM - NIGHT HERON :
Tidak cemas di tepian Sungai Damansara. 

PENJAGA ARAS TANDA KETINGGIAN AIR SUNGAI DAMANSARA . Burung Pucong Malam * Night Heron tetap setia berada di tanda aras sungai ini. 

TURUT PRIHATIN :  Bukan berpesta tetapi juga prihatin akan hujan lebat di Kuala Lumpur yang membawa arus yang deras. 

KEMAMPUAN UNTUK TERUS HIDUP DI CELAHAN BATU :
Pokok betik ini mampu hidup dicelahan batu di tepi Sungai Damansara.

Manakala ada diantara kita , tanam poko kdalam pasu pun belum tentu hidup seperti pokok diatas. Tangan tidak hijau. 

Tuesday, 30 August 2016

SEPERTI YANG DIJADUALKAN - BANGUNAN PENTADBIRAN





















SEPERTI YANG DI JADUALKAN pada 29hb Ogos , 2016. Penghuni yang setia dua ekor ayam.