Gambar-gambar ini dirakam pada 15hb Ogos, 2016 - pembangunan pesat sedang berjalan. Kerja-kerja dalaman telah mula dilakukan seperti mengecat, pendawaian dan membuat tembuk. |
Monday, 15 August 2016
TUGASAN BULAN OGOS
Sunday, 14 August 2016
LAWATAN PERSATUAN PENDUDUK DENGAN JPS BERJAYA
Pada 11hb Ogos 2016 - Persatuan Penduduk TTDI Jaya (Baru) PP-TTDIJAYA SHAH ALAM yang di ketuai oleh Tuan Haji Abdul Jabar Kassim selaku Pengerusi PP-TTDIJAYA bersama dengan Tuan Haji Zakaria Marican dan Yang Berbahagia Dato Baharanudin Che Zain telah mengatur lawatan kerja bagi susulan kerja-kerja menangani masalah banjir di taman kita ini.
Laporan ringkas mengenai
perjumpaan bersama Tuan Jurutera Daerah JPS Petaling pada hari yang berbahagia dan penuh makna itu diringkaskan seperti berikut :-
Tuan Jurutera Daerah JPS
memaklumkan mengenai perkara2 seperti dinyatakan dibawah.
1) Kontrak mendalam dan melebar
Sg Damansara antara Tmn Saujana hingga Seksyen 25 Shah Alam ( sepanjang 5 Km)
telah siap pada Julai 2016.
Kontrak bernilai RM 14 juta dari peruntukan
Kerajaan Persekutuan.
2) JPS Daerah Petaling masih
menunggu kelulusan dari Ibu Pejabat JPS Kuala Lumpur bagi tujuan memanggil
sebut harga kerja2 pembaikan tembok penahan banjir TTDI Jaya/Flap gates (Tide
valves - injap pasang).
Sebut harga akan di panggil sebaik sahaja kelulusan di terima.
3) JPS Daerah Petaling masih
berurusan dengan MBSA dan pihak pemaju untuk menentukan pihak yang
bertanggungjawab untuk menguruskan operasi dan penyenggaraan kolam tadahan di
kawasan Mayang Petron.
Friday, 12 August 2016
AWAN BIRU BENDERA BERKIBAR MEGAH
AWAN BIRU & JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH menemani pekerja menyiapkan tingkat tiga bangunan pentadbiran Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam Taman TTDI Jaya pada pagi cemerlang 11hb Ogos 2016 bulan kemerdekaan.
Semalam cuaca agak mendung yang tidak menampakan awan biru jesteru sessi photographi agak muram durjana.
Hari ini cuaca bersinar terang meriah dengan awan biru dan sang suria tersenyum girang.
Nota:
Gambar dirakam pada 11hb Ogos 2016.
LEMBU HANDSOME & PERKASA
JAWATANKUASA IBADAH QURBAN & AQIQAH 2016 telah mengumumkan sebanyak 10 ekor lembu telah penuh penyertaan dari anak kariah kita untuk ibadah qurban di Masjid Al-I`tisam Taman TTDI Jaya pada Hari Raya Aidil Adha nanti.
Pemilihan & pembelian lembu-lembu telah dijalankan dengan teliti yang diketuai oleh Ustaz Syaheede.
Beliau telah memantau dan memilih lembu-lembu yang sesuai untuk ditempah serta memastikan lembu-lembu yang ditempah tiba pada hari program dan diturunkan dari lori.
Lembu-lembu yang telah ditempah telah ditanda dengan penanda khas agar tidak timbul kekeliruan dalam proses penghantaran.
Gambar diatas adalah lembu-lembu yang dipilih secara bijaksana dan memenuhi piawaian pihak Ahli Jawatankuasa khas yang berpengalaman mengendalikan ibadah qurban ini.
Ibadah Qurban sebaiknya dilakukan setiap tahun ( Rujuk Surah Alkauthar )
Untuk keterangan lanjut mengenai penyertaaan Ibadah Qurban diluar Kariah ( Sabah 6 ekor & Kedah 2 ekor ) dengan harga RM600.00 sebahagian termasuk kos pengurusan boleh hubungi .
1. Ustaz Mohd Fairus Shuaib - Talian hp : 011-1971-1016
2. Tuan Safar : 013-405-9939
Hubungi segera, sementara masih berpeluang berbuat ibadah qurban.
Thursday, 11 August 2016
DARI SUDUT ATAS
HARI INI 10hb Ogos 2016 - saya menyerahkan kamera Lumix Panasonic DMC-FZ28 saya kepada seorang pekerja binaan Bangladesh di Masjid Al-I`tisam.
Tujuannya untuk merakam gambar dari atas. Saya tidak mampu naik ketingkat tiga pembinaan ini disebabkan kecederaan ditangan kiri.
Untuk misi ini saya seraahkan kepada seorang pekerja asing disini. Setelah memberi taklimat, akan pengunaan kamera ini dan cara-cara merakamkan gambar, beliau setuju.
Maka gambar diatas adalah hasil kerja pekerja disini.
Jazakallah.
Wednesday, 10 August 2016
PECAH RUMAH SEBENAR
![]() |
INILAH DEFINASI PECAH RUMAH SEBENAR. Rumah yang dibuat semula akibar rekahan yang serious serta kemendapan tanah diruang dapur. |
SKUAD DENGGI MBSA BAGUS
BANGUNAN PENTADBIRAN MANTOP
GIGIH MENJALANKAN TUGASAN |
SUDAH DI TINGKAT TIGA bangunan pentadbiran ini. |
Sudah nampak rupa bangunan pentadbiran yang serba lengkap ini. |
Dibahagian lekok "L" sedang siap untuk kerja mula. |
Gagah berdiri teguh. |
BERKIBAR MEGAH JALUR GEMILANG KU. |
PERMANDANGAN BAHAGIAN BAWAH . Begini rupa ruang bangunan pentadbiran yang serba lengkap. |
Dalaman bilik air dan tandas dalam kawasan bangunan pentadbiran. |
Gambar dirakam pada 9hb Ogos, 2016 Jam 5.15 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)