Thursday, 7 April 2016

IKLAN PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM





Kerja-kerja pemasangan Iklan Billboard besar Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam sedang giat dijalankan. In-Sya-Allah akan siap sepenuhnya sebelum solat Jumaat 8hb April, 2016. 

Kawasan ini perlu bersih dan cantik bagi mengambarkan keindahan sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan. 

Sampah sekeliling, baju & kain yang disangkut pada pagar, semak samun, pokok petai hutan ditepi papan iklan ini mencacatkan permandangan yang akan menyebabkan selera untuk menderma berkurangan. 

Kita kena ringan mulut menegur warna asing atau warga tempatan untuk menjaga kebersihan persekitaran masjid. Ini tanggong-jawab kita bersama. 



Matlamat asal adalah untuk memberitahu akan Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam untuk keselesaan semua anak kariah dan muslimin dan muslimat yang hadir untuk beribadah dan majlis ilmu. Sebuah bangunan pentadbiran akan dibina bersama dengan sebuah tahfiz.

Infaq anda dalam bentuk kewangan amat diperlukan. Mari kita semua jayakan pembesaran masjid ini. 

()()()()()

Saturday, 2 April 2016

MENCARI REZEKI DISUNGAI DAMANSARA




REZEKI ADA DIMANA MANA . Samada kita mampu berusaha atau rasa jijik untuk melakukannya yang membezakan antara kita. 

Di tebing Sungai Damansara kita mampu melihat sahaja namun ianya menjadi punca rezeki buat orang lain. 

Hasilnya lumayan dan kepuasan yang mendalam. Persoalannya - pernahkah saudara memancing di Sungai Damansara hadapan rumah kita ? 


Friday, 1 April 2016

STATUS PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM








GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALANYA. Inilah rupa wajah status kedudukan projek pembesaran Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya Shah Alam. 

Sumbangan ikhlas masih dialu-alukan. Masih jauh tersasar kutipan yang perlu dibuat untuk merelisasikan projek ini. 

Untuk Infaq salurkan kepada 
Maybank akaun : 5624-7813-0016 
Dana Komplek Islam Al-I`tisam perlukan infaq anda. 

AYAHANDA USTAZ SUJAK SENTIASA MESRA PADA ANAK KARIAH

Dalam keadaan kesibukan Ayahanda Ustaz Sujak pada 26hb March 2016 yang lalu, beliau sempat menemankan anak kariah beliau untuk menjadi saksi pada majlis akad-nikah yang berlansung di Masjid Tuanku Ampuan Jamaah Bukit Jelutong Shah Alam. 

Kehadiran Ayahanda Ustaz Sujak senantiasa disegani serta dihormati .
USTAZ MUHAMAD MUSLIM MOHD ZUKI AL-HAFIZ (IMAN 1 MASJID BANDAR BUKIT TINGGI KLANG) mengalunkan salawat dan bacaan doa yang begitu merdu dan lunak pada 27hb March 2016 di The Space Grandballroom, Space U8, Bukit Jelutong Shah Alam pada majlis wallimatulurus. 

Monday, 21 March 2016

DINDING SUDAH MULA SIMEN


TANDA ISYARAT SKODENG : Nampak macam skodeng biasa. Apabila diamati secara teliti, jurukur ini sedang menyatakan isyarat untuk ketepatan ukuran pada rakan beliau disana. 

BERSAMA TONGKAT SAKTI : Rakan jurukur ini tetap setia bersama tongkat sakti besi ketepatan ukuran. 

CUBA NASIB DENGAN T-SHIRT INI : Siapalah yang bagi T-Shirt dengan perkataan begini. Dia ni tahu pakai saja. Dia tidak mungkin faham maksud. 

PINTU AHMAD ALBAB YANG PUNYA : Besar pintu besi kawasan pembinaan ini. Mungkin Ahmad Albab yang punya. 



PANAS HEAT WAVE : Panas yang ketara sejak kebelankangan ini menyebabkan keperluan air yang banyak untuk bekerja keras begini. Inilah Hero yang tidak didendang. 






PEMBINAAN YANG SUDAH NAMPAK RUPA. Perancangan yang sempurna serta pengawasan yang rapi sudah mula menampakan hasil yang indah. 

Maybank akaun : 5624-7813-0016 
Dana Komplek Islam Al-I`tisam perlukan sumbangan anda. 

Gambar diambil pada 20hb March 2016.

Saturday, 19 March 2016

TAHFIZ AL-I`TISAM PERLU BANTUAN ANDA






TENANG & KHUSYUK:  Wajah mereka tenang, sejuk & fokus. 

Mereka adalah bakal tahfiz dan tahfizah dari Masjid Al-Itisam ini.  

Segala ini adalah berkemungkinan dengan bantuan yang ikhlas dari saudara semua. Bantuan dari segi material, kewangan atau perkidmatan amatlah di alu-aluan. 

Saudara boleh berbuat demikian dengan memasukan bantuan kewangan anda kedalam tabung didalam masjid - Tabung Tahfiz Masjid Al-Itisam atau terus menghubungi Nazir Masjid atau mana mana Ahli Jawatankuasa bagi tujuan murni ini. 

Mulanya disini. 

Thursday, 17 March 2016

" Itu dinding kasi simen "

BERDIRI TEGUH : Kerja-kerja pembersihan kawasan sedang dilakukan sebelum menyiapkan dinding fasa 1 masjid Al-Itisam ini. Dari tapak yang kosong pada awal bulan November 2015 sehingga kini. 
BATU BATA MERAH :  " Ini minggu bata kasi simen itu dinding " kata Aslam. Taikor penyelia Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam ini. Sedikit demi sedikit rupa pembesaran masjid menjadi realiti. Setiap hari mereka ini berkerja keras. Menjelang bulan April nanti akan siap dinding pembesaran masjid ini. 

LAWAK AKSI BANGLA : Mereka ini macam kita jugak, kaki melawak. Kalau mereka tonton filem P.Ramlee alih bahasa bangla sudah tentu lagi kecoh.

Sebenarnya mereka ini gembira kerana nampak hasil keringat mereka telah menjadi kenyataan. Setiap kali sampai ditapak pembinaan untuk mengambil gambar status masjid, mereka ini akan memberi salam " Assalamualaikum boss " dan mengamit tangan tanda hormat.

" Sekarang satu dunia ada tengok muka kami semua" kata Aslam dengan bangga. Beliau telah melihat wajah mereka didalam laman sosial dan amat teruja. Orang kampong mereka di Bangladesh pun turut gembira.

Wajah-wajah hero yang tidak didendangkan. 

LAJNAH KEBAJIKAN PERLUKAN BANTUAN BARANGAN



MOHON BANTUAN :  Bantuan yang merupakan dari segi bentuk kewangan, barangan makanan seperti beras, tepung gula, minyak masak dan lain-lain amatlah diperlukan untuk mengurangkan bebanan golongan aznaf ahli qariah Taman TTDI Jaya kita. 

Segala bentuk bantuan boleh anda salurkan seperti yang terdapat disini. Mudah, ringkas & bermakna.  

Infaq mengandakan harta. 

Tuesday, 15 March 2016

TAMAN BURUNG DITAMAN KITA


WATER HEN / UWAK-UWAK : Burung ini amat pemalu dan pasti melarikan diri jika terasa keadaan merbahaya. Namun pada lokasi ini ianya hampir pada jarak 20 meter untuk dirakamkan. Pergerakan semasa mengaambil gambar sebegini hendaklah minimal.

Tidak dibenarkan menghisap vape, bercakap melalui talifon bimbit atau bersiul. Ini pantang larang fotographi birding. 


MYNAH @ BURUNG GEMBAALA KERBAU @ TIONG :  Burung ini agak istimewa sedikit. Ianya tiong balar @ Albino. Mak dia hitam macaam biaasa mungkin bapak dia burung merpati putih. Ada kawin campur sedikit. Tak taulah nak jawab. 

Persekitaran taman kita ini begitu indah dan cantik. Jika kita peka dengan alam sekeliling maka kita akan bertemu dengan khazanah yang menarik untuk dikingsi bersama. 

Saudara perlu bawa camera lensa sekurang-kurangnya 300mm,  pemerhatian yang tajam maka kita akan dapat merakamkan pelbagai cerita di taman kita ini. 

Cubalaah dan kongsi disini. 


Monday, 14 March 2016

RESTOREN S.SUBHANI TUTUP UNTUK RENOVASI

RENOVASI:  Restoren S.Subhani sedang dalam rancak kerja-kerja renovasi yang begitu pesat pembinaannya.

Ianya dijangka tutup selama hampir dua bulan untuk kerja-kerja ini.

Hanya dua kedai Nasi Kandar yang beroperasi buat ketika ini ditaman bertuah kita.

Restoren Shaz & Restoren Mahbul yang beroperasi 24 jam manakala Restoren Yusof masih belum nampak ianya beroperasi. 


Restoren Nasi Kandar kini bukanlah satu restoren yang lusoh dan tidak teratur. Seni dalaman yang diubah suai adalah mahal dan ada cita rasa. 

Lihat Restoren Shaz - seni hiasan dalaman adalah mewah dan berkualiti. 

Satu lagi ialah Restoren Ami Cafe - yang ubahsuai dalamannya adalah begitu cantik sekali. 

Untuk keselesaan pelangan, restoren bukan sahaja sebuah meja empat segi yang dibeli dari pasaraya dan kerusi plastik merah yang lusoh serta meja yang melekit. 


Sunday, 13 March 2016

SWAT TEAM IN ACTION !

SWAT TEAM IN ACTION !  This special SWAT members was seen at our riverbanks today at around 10.00 am, cutting the overgrown weed. Special Weed Action Team @ SWAT comprises of at least 18 strong man of Bangladeshi and Indian nationalities swarmed into action cutting the overgrown weeds as part of the monthly periodic maintenance system of our river contracted from MBSA.


TWO KILOMETERS LENGTH LEFT & RIGHT. They are cutting at least two kilometres of length distance of weed using metal blades not the thick  yellow nylon wires. 

UNTIL THE EDGE OF THE RIVER : This is quite a tricky situation. You may slipped and fall into the one feet deep river, you might accidentally decapitate a snake head or monitor lizard. If you are lucky, you might stumble onto a dead body. Anything is possible to find things floating from this 60 km Damansara river. 

VISIBLE ATTIRE : The contract are worth RM20k per month covering a distance of more than two kilometres of river bank, rubbish must be collected and weed cut must be removed. Very thin margin as you need quite an army of SWAT members for this mission.  As mentioned by one of the supervisor Kamarul @ Bangla spokesman's. They seems to understand very well on how contracts are awarded by the local counsel.  

SAFETY IS A MUST. Cutting these weeds can be adventurour and dangerous. Safety boots is a must as you will definately stumbled on some snakes guaranteed to be the residence of this river bank. 


Picture taken on 13th March 2016.