Monday, 10 September 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID AL-ITISAM



 Antara yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Al-I`tisam pada 9hb September 2018 yang lalu. 

Sebenarnya memberi komen negatif begitu mudah & senang. Begitulah budaya orang melayu. Bngun dan bantulah - kita iapkan Masjid ini bersama sama. 


MENTERI BESAR LAWAT MASJID AL-ITISAM



PADA 7HB SEPTEMBER 2018 - JUMAAT YANG AMAT BERHORMAT TUAN AMIRUDIN SHARI MENTERI BESAR SELANGOR datang solat Jumaat di Masjid Al-Itisam sterusnya di beri taklimat yang mendalam oleh Tuan IR Karim Nazir Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya.

Objektif utama taklimat ini ialah untuk memohon Dana Pembesaran Masjid Al-Itisam yang kita mulai buat sejak tahun 2015 lagi.

Dewan Solat Utama dah siap - sedikit kemasan perlu di buat untuk dalaman.

Bangunan Pentadbiran @ Fasa 2 - telah siap dan di duduki dengan sempurna.

Hanya yang tinggal Fasa 3 & 4 - bernilai hampir RM6.2 juta ringgit.


Selama ini hasil kutipan dari orang ramai "crowd funding "usaha strategi" yang berkala secara sistematik.

Kita mesti berusaha bersama untuk menyiapkan Rumah Allah ini.

Insyallah. 

Friday, 31 August 2018

RUMAH MANA YANG MENGIBAR JALUR GEMILANG DI TAMAN KITA ?

RUMAH YANG TERBAIK - penuh semangat Kemerdekaan Jalan U2/9 . Sudah tentunya jiran anda jealous .
Anda ada ? 

Add caption

RUMAH TUAN HAJI ROTHI - Jalan Malim U2/6 terdapat TIGA bendera Malaysia. Bersemangat sunggoh. 

RUMAH TUAN HAJI MOIN - JALAN MALIM U2/6 - berkobar kobar menyanyi lagu Negaraku pada pada Hari Kebangsaan. 

RUMAH ALLAHYARHAM AZMAN - JALAN MALIM U2/6 - bendera yang senantiasa berkibar cermerlang. 

RUMAH DATO BAHA - TIDAK KETINGALAN memasang bendera  Malaysia. 












RESTOREN NASI LEMAK CINTA SAYANG - turut Patriotik dalam Hari Kebangsaan . 

AYAM MERDEKA  - di lokasi Jalan Nujum U2/7 

SISA SISA PENJAJAHAN 61 tahun yang lalu.
Sebagai peringatan bersama . 

TERLUPA PASANG BENDERA PADA TIANG - sebab cikgu-cikgu nak cuti panjang. 

SUNGAI DAMANSARA DIPENUHI BURUNG BOTAK












BERIADAH PADA HARI KEMERDEKAAN adalah satu perkara yang subjektif. Berhadapan dengan rumah Tuan Haji Abdul Jabar Presiden Persatuan Penduduk hanya diseberang jambatan sana satu keluarga dapat diliht sedang menghabiskan cuti Merdeka mereka. 



BAGAIKAN AIR TERJUN - dilokasi ini. Amat digemari sebagai lokasi memancing. 



TENANG. TIADA KOS. DEKAT & RELAK. Ini yang penting. Perduli apa kata orang. 

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 61 -

KOLAM TADAHAN AIR - SAUJANA INDAH. Jam 7.36 pagi. Hari ini saya berhasrat untuk memburung  @ Birding di kawasan kolam Tadahan Air ini. 

KOLAM TADAHAN SAUJANA INDAH ini merupakan satu kawasan yang menawarkan habitat semula jadi untuk burung-burung mencari makan. Kolam ini juga bersebelahan dengan sungai maka eko-sistem pemakanan cukup sempurna.

Disini terdapat banyak ikan, katak, ular, serangga dan pelbagai haiwan yang mampu menjadi makanan untuk burung burung 

Burung Bangau Kecil @  Little Egret nama saintifiknya Egretta Garzettajuga terdapat sekelompok disini. Seronok sekali melihat mereka mencari makan. Ini merupakan spesis burung Pucong. 

Burung Bangau Paya atau Burung Pucung Serandau  atau dalam Bahasa Londonnya Purple Heron atau nama saintifiknya  Ardea Purpurea 

Burung ini adalah burung yang terkawal. Jika ingin menginap di Sg Buloh, bolehlah anda cuba menangkapnya.


Burung ini mudah takut dan anda perlu ada kamera yang mempunyai lensa sekurang-kurangnya 300mm bukan mengunakan camera dari talifon bimbit Nokia 3310 anda. 

Burung Bangau Kecil @  Little Egret nama saintifiknya Egretta Garzetta ialah sejenis burung pucung  kecil yang berwarna putih

Ia adalah burung padanan Dunia Lama bagi Burung Bangau Salji Dunia Baru yang amat serupa.  


Burung Pucung Keladi atau  Pucung-Bakau Biasa Bahasa London "Striated Heron" Bahasa saintifiknya Butorides Striata (Siapalah yang nak ingat nama saintifik ini ) sedang mengintip mangsa. 


Burung ini memerlukan pemerhatian yang cekap dan tepat. Spesis ini pandai menyorok dicelahan rumput-rumput yang tebal. 


TIONG HITAMBahasa jawa Jalak Kerbau  /  Bahasa sainstifik Acridotheres Javanicus pun turut merayakan Hari Kemerdekaan . 

SEKAWAN BURUNG MERPATI LIAR - sekawan burung merpati pun turut sama di kawasan tadahan air ini. 

White Breasted Kingfisher BURUNG PEKAKA BELUKAR @ Halcyon Smyrnensis.

White Breasted Kingfisher - BURUNG PEKAKA BELUKAR @ Halcyon Smyrnensis - untuk mengambil gambar burung sebegini, kita perlu fahami habitat sekeliling. Burung Pekaka Belukar mempunyai ciri-ciri dada yang berwarna putih. Pemakanan burung ini meliputi ikan, katak, serangga, tikus, mamalia kecil dan siput. 

Burung ini akan mudah lari jika terdapat tanda-tanda bahaya. Untuk mengambil gambar sebegini jarak perlu jauh dan sekurang-kurangnya 200 mm lensa untuk keselesaan. 

ORANG JAUH DATANG MEMANCING DISINI - kita tidak sedar bahawa  lokasi ini adalah tempat orang datang memancing hampir setiap hari. 

Menanti nasib pada umpan - seorang lagi pemancing ikan. 

AWAS ANJING LIAR - sekumpulan anjing liar menjadi penjaga lokasi tempat ini. 

PENUNGGU SETIA - menanti anda menceroboh masuk. 

BURUNG BURUNG BESI berterbangan untuk ke Putrajaya agakny untuk pereyaan Merdeka Ulangtahun yang ke 61. 













FORMASI KAPAL TERBANG yang berlepas dari Pengkalan TUDM pada awal pagi Jumaat sekitar jam 8.15 pagi. Dipercayai laluan ke Putrajaya untuk acara Sambutan Hari Kebangsaan 31hb Ogos 2018 - Ulang tahun yang ke 61. MERDEKA!