Tuesday, 30 August 2016

SEPERTI YANG DIJADUALKAN - BANGUNAN PENTADBIRAN





















SEPERTI YANG DI JADUALKAN pada 29hb Ogos , 2016. Penghuni yang setia dua ekor ayam. 

Saturday, 27 August 2016

BAIDURI AUTO SDN BHD JEMPUT PANDU UJI PERSONA

WARNA BARU PERSONA - Carnellian Brown yang menampakan warna kemewahan Persona ini. 


STERLING SILVER - tidak kurang hebat warna. 

PERSONA BARU YANG MEMPERSONAKAN. Lampu belakang yang mempersonakan iras kereta continental mewah. 

KEMAMPUAN KELAJUAN PADA 240 KMPH - bersama dengan Eco-Drive. 
LIHAT AKAN PERBEDAAN - Persona, Perodua Bezza dan Honda Civic. 




Kapasiti boot belakang 510 cu liter. Saiz boot yang mampu mambawa banyak beg yang besar untuk balik kampong.

Apabila tempat duduk belakang di lipatkan ianya mampu menambahkan ruang.
TURNING RADIUS 5.0 meter, Panjang 4387 mm, Eco Drive, 1.6L vvt engine, ABS, BA, Traction Control, Hill Assist, all round sensor, reversed camera dan banyak lagi. Pergi pandu uji - segala pertanyaan terjawab. Hebat kereta ini.  






HARGA YANG TIDAK MEMBUAT ANDA JUAL KEBUN PUSAKA  OPAH ANDA. Bermula dengan harga RM46,800 untuk manual. 
USAHAWAN YANG CEKAL HATI SERTA BERDEDIKASI. - Encik Azrij Ibrahim.

Tuan-tuan boleh talifon dia untuk temu-janji dan uji pandu
019-2788093. 


Wednesday, 24 August 2016

OH KOME DHURIAN DOH SAMPAI




TAMAN KITA BANYAK HANTU @ HANTU DURIAN

Saban minggu ada peraih durian sampai ke taman kita. Lokasi lubuk emas ialah di hadapan Masjid Al-I`tisam tempat mencari rezeki. 

Tumpang berkat masjid ( hulur lah mana patut pada tabung pembangunan masjid ) 

Hari ini durian kampong ini dijual oleh peraih diatas pada beberapa harga yang boleh dipertikaikan oleh pengemar durian.  Ada yang RM15 sekilo, RM12 sekilo dan RM10 sekilo. 

Rata rata durian lebih dari sekilo yang bermaksud - dua butir durian bernilai RM 30 ringgit lebih kurang. 

Saudara tidak perlu bertanya mengenai Durian Musang King yang mempunyai harga RM28 sekilo sehingga RM70 sekilo untuk grade super AAA. 

Kita mampu tanam beberapa pokok durian Musang King atau Udang Merah dan sebagainya di keliling taman kita - masalahnya ialah Musang Kaki Dua akan berkeliaran malam tunggu durian jatuh. 

Kita kira Infaq sajalah. 




Tuesday, 23 August 2016

TERKEJUT BEROK TENGOK BEROK !







TAMAN NEGARA TAMAN KITA .

Taman kita sunggoh bertuah.  Kita dianugerahkan pelbagai kehidupan habitat natural dikelilingi oleh spesis burung air seperti burung bangau, burung puchong, serindit, biawak, ikan-ikan, tikus, kucing liar, musang pandan, ular dan juga monyet.

Hari ini di Jalan Malim U2/6, tetamu yang mengundang diri sendiri hadir bagi mengiratkan silaturahim sesama penduduk.

Tanpa segan silu, mereka naik atas bumbung menghirup udara segar taman.

Jika anda tidak mahu menjemput mereka ke dalam rumah, pastikan semua tingkap rumah anda ditutup.


BANGUNAN PENTADBIRAN SERBAGUNA BERDIRI MEGAH







BANGUNAN PENTADBIRAN SERBAGUNA bakal menampung segala aktiviti kemasyarakatan untuk anak kariah Masjid Al-I`tisam ini. 

Bangunan yang setinggi tiga tingkat ini akan dimaksimakan kegunaannya untuk masyarakat setempat.


Insya-Allah akan siap seperti yang di jadualkan.  


Gambar dirakam pada 22hb Ogos, 2016 

LANSKAP YANG INDAH





SEDIKIT DEMI SEDIKIT LANSKAP KITA SEMAKIN INDAH.

Dulu hutan yang dipenuhi lalang, semak dan pokok petai hutan mencacatkan permandangan hadapan laluan utama Masjid Al-I`tisam yang kini dalam proses cantik. 


Kerja-kerja mencantikkan lanskap perlukan sukarelawan yang mahu membantu sekurang-kurangnya dua minggu sekali. 

Ianya tidak mengambail masa yang panjang , cukup dalam kadar 120 minit sahaja kita mampu mengubah persekitaran. 

Mari kita jayakan lanskap Masjid Al-I`tisam ini. 


Gambar pada 22hb Ogos, 2016.