Sunday, 12 June 2016

BANGUNAN PENTADBIRAN PEMBINAAN SEPERTI JADUAL




Ini adalah gambar yang dirakam pada 10hb June 2016 selepas solat jumaat dalam bulan ramadhan.

Kerja-kerja dijalankan seperti biasa.

Tekun dan gigih. 

SOLAT JUMAAT BAHAGIAN MASJID BARU







Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bahagian Fasa 1 Masjid Al_Itisam telah mula digunakan pada 9hb Julai 2016 semasa solat tarawikh. 

Pada hari berikutnya bahagian ini dibuka unruk Solat Jumaat berjemaah.  


Tidak ramai yang tahu akan perkara ini yang mana ada terdapat tiga saf kosong dibahagian belakang.  

Ruang cukup selesa dengan semua kipas dinding digunakan sepenuhnya. PA Sistem pula sangat jelas dan padu. 

Buat ketika ini solat beralaskan tikar sementara kerja-kerja kemasan akan dijalankan. 

Sistem Hawa dingin masih didalam percubaan yang memerlukan sedikit masa untuk pendawaian sepenuhnya. 

Tahniah. 


Gambar dirakam pada 10hb Jun 2016.


Thursday, 9 June 2016

KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN



Kerja-kerja untuk penurapan jalan di Jalan U2/2, U2/3, U2/4,  U2/5, Jalan Malim U2/6,  Jalan Nujum U2/7 , U2/8, U2/10, U2/11, U2/12 dan U2/13 serta kawasan lain berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Beberapa kenderaan telah diberi notis oleh Pengarah Kejuruteraan Tuan IR Haji Cheremi Bin Haji Tarman AIS, PPT, PMC dari MBSA untuk diubahkan agar tidak mengangu kerja-kerja penurapan ini serta tidak memberi sebarang bayaran kepada mana-mana pihak yang menjalankan kerja-kerja turapan ini.


Gambar dirakam pada 8hb Jun 2016

Wednesday, 8 June 2016

PEMBINAAN DALAM BULAN RAMADHAN










KERJA-KERJA Pembangunan Fasa 1 Bangunan Pentadbiran begitu pesat berjalan walaupun pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. 

Bangunan yang dirancang untuk empat tingkat ini dalam proses awal pembinaan asas tapak utama. 



Insya-Allah pada 9hb June nanti kita boleh menggunakan Fasa 1 masjid ini yang dijangka siap untuk solat tarawikh. 


Gambar dirakam pada 7hb June, 2016

Sunday, 5 June 2016








5hb June, 2016 : Gambar kerja-kerja tapak asas bangunan pentadbiran untuk Fasa 1 Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam. 

Mohd Nazari Suttar (dua dari kiri)  sedang mengawasi pemasangan jubin lantai bagi kerja-kerja kemasan lantai di bahagian fasa pertama. 

PEMASANGAN KIPAS DINDING - siap sedia untuk kegunaan bulan ramadhan ini. 

HAMPIR SIAP 93.78% sahaja lagi.  Siling hanya tinggal beberapa keping sahaja lagi.




Gambar dirakam pada 5hb June, 2016

KERJA PEMBINAAN BANGUNAN PENTADBIRAN





31hb Mei 2016 - Kerja-kerja asas bangunan pentadbiran setinggi empat tingkat sedang rancak dijalankan.

Cerucuk utama telah ditanam sedalam 10 kaki dengan kelebaran yang mampu menangong beban empat tingkat bangunan ini. 





Kerja-kerja dalaman bagi kerja-kerja kemasan didalam ruang baru Masjid Al-Itisam sedang giat dilakukan.

Pemasangan siling serta pendawaian untuk sistem hawa dingin dan lampu telah selesai.


Kerja-kerja pembersihan akan dijalankan pada hari ini 5hb Jun 2016 untuk kegunaan solat terawikh malam ini - Insya-Allah.


Gambar dirakam pada 31hb Mei 2016 

WAKTU REHAT DAN MAKAN









Pekerja warga asing ini berhenti sekejap untuk makan dan minum.  

Tenaga kederat dibawah sinar mentari memerlukan rehat seketika. 

Masa yang diambil tidak sampai 15 minit untuk makan, minum dan rehat seketika. Kerja diteruskan seperti sediaa kala. 




Gambar pada 31hb Mei 2016