Sunday, 7 August 2016

MAJLIS AIDIL FITRI KOMUNITI ATAP KELABU SUNGGOH MERIAH

KOMUNITI ATAP KELABU telah menganjur majlis ramah mesra Aidil Fitri di kawasan perumahan yang mempunyai     " Atap Kelabu " yang berhadapan dengan padang bolasepak besar. Pro Dato Kamarul, Haji Abdul Jabar Kasim, Captain (B) Halim dan Ustaz Shukran. Berkongsi bersama menjamu juadah. 

ANTARA JEMPUTAN KHAS yang turut hadir. 


CAPTAIN (B) HALIM sedang membuat risikan khas pada lokasi Kambing Golek agar ianya bergolek diatas pingan khas.  

DEKORASI LIMA BINTANG .

HASIL MUAFAKAT KOMUNITI ATAP KELABU - begitu banyak kuih muih yang disediakan dan enak belaka. 

JUMPA KAWAN LAMA - IR HANIFA dan rakan. 

KOMUNITI ATAP KELABU ini sememangnya unik. Kemesraan serta susun atur majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

Terdapat ucapan dari Y Bhg Prof Dato Kamarul sebagai pembuka tirai, ucapan Tuan Haji Abdul Jabar Kasim sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk TTDI Jaya Baru, nyanyian merdu dari komuniti disini, gesikan biola lagu Hari raya yang begitu mendayu dayu, BBQ Kambing yang paling enak, makanan yang begitu sedap, susun atur khemah dan buffe makanan yang mesra penguna.

" Hanya seorang pemimpin yang mesra penduduk ( komuniti ) bersifat adil dan mendengar pendapat anak buah mampu menganjurkan acara sedemikian rupa dan indah " kata Haji Abdul Jabar Kasim sebelum beredar.


Terima kasih diatas undangan dan tahniah.


<><><>


No comments: