Sunday, 24 April 2016

PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA BARU - SELAMAT DITUBUHKAN

WAJAH AJK PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA (BARU) MARCH 2016 - MARCH 2018. Duduk dari kiri Tuan IR Karim @ Nazir Masjid Al-Itisam, Tuan Haji Abdul Rashid Omar (Bendahari) Tuan Haji Zakaria Marican (Timbalan Pengerusi) , Tuan Haji Abdul Jabar Kasim (Pengerusi) Encik Suhairi Najmut (Setiausaha) 

TUAN HAJI ABDUL JABAR KASIM - PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA (BARU). 

Pemilihan yang dibuat oleh penduduk Taman TTDI Jaya secara demokrasi undian. 

" Saya bersama dengan Ahli Jawatankuasa yang lain akan menunaikan tenggong-jawab setelah diamanahkan jawatan ini. Saya akan memastikan segala yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Jawatankuasa ini akan mula menjalankan tugas mulai hari ini sehingga bulan march 2018  dan meletak jawatan apabila sampai waktu tersebut " kata beliau. 

TUAN HAJI ZAKARIA MARICAN - TIMBALAN PENGERUSI.

SAUDARA SUHAIRI NAJMUT - SETIAUSAHA 

TUAN HAJI ABDUL RASHID OMAR - BENDAHARI.

Y. BHG DATO BAHARANUDDIN BIN CHE ZAIN of Jalan Sasterawan U2/5 sedang menyatakan sesuatu yang positif semasa mesyuarat penubuhan. 

WAKIL FASA : Capt Halim & IR Karim @ Nazir Masjid turut dilantik mewakili Persatuan Penduduk. 

TUAN HAJI YUSOF TALIB sedang memberi cadangan mengenai peranan Persatuan Penduduk untuk turut sama menjayakan Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam. 

TEKUN MENDENGAR TAKLIMAT. Haji Yusof Panjang turut sama dalam mesyuarat ini. 


ANTARA YANG HADIR PADA MESYUARAT INI. 
Sambutan yang sangat baik yang mewakili keseluruhan penduduk taman. 

WAKIL ANAK KECIL YANG JUGA PENDUDUK TAMAN. Tekun mendengar taklimat dari tuan pengerusi. 

SEBULAT SUARA BERSETUJU. MENGUNDI TUAN HAJI ABDUL JABAR KASIM SEBAGAI PENGERUSI.

SAUDARA USTAZ YAZID membaca dengan penuh sayu pada majlis ini. Beliau telah mengatur lokasi bilik mesyuarat dengan sempurna bersama dengan kelengkapan sistem pembesar suara. 

LAGU & IRAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN - HAJI JABAR & MIKROFON juga tidak dapat dipisahkan. Sentiasa penuh dengan fakta, bersahaja dan adakalanya lucu. Perjalanan mesyuarat berjalan lancar serta memenuhi objektif seperti yang dalam agenda yang dinyatakan.

" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk hadir di mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk TTDI Jaya baru ini. 


Insya-Allah semua AJK akan menjalankan tanggong-jawab seperti yang diamanahkan oleh penduduk " kata Haji Jabar.

Objektif utama mengenai gerak kerja banjir, nyamuk aedes serta keselamatan penduduk taman adalah misi utama kami. 


AJK tidak mampu berfungsi tanpa sokongan penduduk semua. 

Marilah kita bersama sama menjadikan taman kita ini tempat yang paling indah untuk tinggal bersama dan bermasyarakat yang harmoni " kata beliau. 

3 comments:

malina ishigaki said...

macam mana ye saya nak dapatkan no pengerusi persatuan penduduk ye? saya ingin dapatkan cop pengesahan beliau bagi surat akuan pendapatan

malina ishigaki said...

macam mana ye saya nak dapatkan no pengerusi persatuan penduduk ye? saya ingin dapatkan cop pengesahan beliau bagi surat akuan pendapatan

Anonymous said...

Tuan Haji Abdul Jabar Kasim
Pengerusi
Persatuan Penduduk TTDI Jaya
Shah Alam Selangor
019-2782574