|
YANG PERTAMA : Tukang jahit kaki lima ini merupakan yang pertama di taman kita.
Beliau telah beroperasi sekian lama hampir 3-4 bulan yang lalu. Lokasi berhampiran 7E berhampiran dengan stesyen minyak Petron.
Di Taman Sri Muda Seksyen 25 begitu banyak sekali perniagaan begini. Kerja mudah sahaja , sekadar jeans koyak nak tampal boleh beres.
Harga pun murah dan boleh tawar menawar. |
|
DAH BIASA BUAT BEGINI DIKAMPONG HALAMAN. Restoren Makbul sudah ditutup. Ruangan kosong ini dimunafaatkan dengan tidur berkipas angin beralaskan cardboard.
Cukup best. Malaysia masih aman dan boleh tidur dengan nyenyak dikaki lima. Oh Malaysia ku gemilang, cemerlang & terbilang. |
|
TERGELINCIR JATUH. Lokasi hadapan Stesyen Minyak Petron. Tarikh 1hb March. Jam 6.40 petang. Lalulintas sibuk. Saudara ini tergelincir dan jatuh di persimpangan tiga.
Dia cedera sedikit dikaki. Saya percaya dia tergelincir akibat cat garisan kuning yang lebar dan tebal menjadikan tayar motor tidak melekat pada jalanraya. |
CACAT PERMANDANGAN : Di negara Pua Chu Kang @ Singapura @ Temasek jika terdapat iklan sebegini, penguatkuasa akan menalifon mereka ini , mendapatkan maklumat dan terus saman.
MBSA sepatutkan meniru modus oprandi yang sama atau seakan-akan sama bagi membeteras iklan-iklan haram ini.
Segala punah ranah pelekat @ stickers pun banyak diruang nama jalan, papan tanda dan sebagainya.
Pesatuan Penduduk Taman TTDI Jaya perlu menjalankan aktiviti Gotong-Royong setiap bulan dan hapuskan iklan haram ini. Bila selalu begini , taman kita akan bebas dari gejala iklan haram.
No comments:
Post a Comment