GAMBAR TERKINI ( 1hb Feb 2016 ) : Ini adalah gambar terkini kerja yang diambil dari tingkap khas dari dalam masjid Al-I`tisam. Mereka ini bekerja hampir setiap hari termasuk hari cuti.
Insyallah dengan sumbangan ikhlas tuan-tuan & puan-puan sekelian fasa 1 ini akan siap sepenuhnya sebelum bulan ramadan untuk kita solat terawikh bersama.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara
amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya
meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang
ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang
dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan.
sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang
disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah).
Membangunkan masjid.
Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang
bermaksud, "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau
sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di
syurga" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala
seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk
juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “ Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat
memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari
kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani).
Saudara boleh menderma
disini. Jangan biarkan mereka ini bersaorangan untuk menjayakan projek
pembesaran masjid ini.
Salurkan sumbangan saudara kepada
Nama akaun: Dana Kompleks Islam Al-I`tisam
Maybank : 5624-7813-0016
Bank Islam : 1203-8010-1086-47
Infaq mengandakan harta.
www.alitisam.my
Talifon : 03-7832-7876 - Pejabat Masjid
|
No comments:
Post a Comment