Thursday, 25 February 2016

HAJI JABAR MAHU HIDUPKAN BADAN BERTINDAK BANJIR



" Pada 26hb Februari 2016, maka genaplah 10 tahun peristiwa hitam di taman kita. Masyarakat setempat susah ketika itu. Kerosakan harta benda mencecah berjuta-juta ringgit. Banjir kilat seperti itu tidak langsung kita duga ", kata Tuan Haji Jabar Abdul Kasim mantan Pengerusi Persatuan Penduduk TTDI Jaya suatu ketika dahulu. 

" Tembok penghalang banjir tidak diselengara dengan baik, banyak yang berlubang, Tide Valve banyak yang rosak, retention pond dikhuatiri tempat pembiakan nyamuk aedes, sistem peparitan yang tidak betul sehingga air bertakung dihadapan rumah Haji Bakar, penduduk tidak dimaklumkan apa tindakan perlu diambil semasa banjir dan berbagai isu lagi " ujar beliau dengan nada bersunggoh-sunggoh.  

Beliau berkata bahawa 10 tahun begitu lama dan sistem yang ada sekarang hendaklah di selengara dengan baik. 

" Penubuhan BADAN BERTINDAK MENGATASI BANJIR TAMAN TTDI JAYA ini amat perlu kerana kita hendaklah pro-aktif dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling taman kita. Saya akan menjemput sukarelawan untuk menjayakan penubuhan badan bertindak ini seberapa segera yang boleh " tambah beliau. 


()()()()()()()
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

No comments: