|
LANSKAP YANG INDAH : Kerja pembinaan menaikan taraf Masjid Al-Itisam Fasa 1 sedang giat dijalankan. Tidak cukup tangan Jawatankuasa khas melihat serta memantau dikawasan persekitaran kawasan masjid ini.
Kawasan wajah utama Masjid Al-Itisam perlu sedikit lanskap yang cantik agar mampu menampakan keceriaan lanskap wajah baru Masjid Al-Itisam ini. Oleh yang demikian kita memerlukan SUKARELAWAN LANGSKAP untuk program kecantikan kawasan masjid bermula dari pagar hadapan ini.
|
|
PROJEK LANSKAP MASJID AL-ITISAM : Kita perlukan sukarelawan untuk membantu menukar wajah muka hadapan ini dengan hijauan yang cantik serta pembersihan kawasan ini. Kecantikan lanskap ini akan menjadikan pemankin terhadap anak kariah serta orang luar akan kesunguhan kita untuk mengumpul dana bagi tujuan pembesaran masjid. |
|
GOTONG ROYONG SUKARELAWAN : Sumbangan tenaga kerja, barangan, pokok pokok renik, atau pakar lanskap yang mahu menaja lanskap kawasan ini amatlah dialu-alukan. Untuk menjadi sukarelawan tugasan atau sumbangan lanskap saudara boleh hubungi Tuan Haji Arpi _ Setiausaha Masjid Al-Itisam pada talian 019-3544402 untuk keterangan lanjut.
Kerja-kerja sukarelawan akan diadakan pada setiap hari Ahad pagi bermula dari jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Peralatan sila bawa sendiri. Maklumat lanjut akan di beritahu kemudian. Mohon sebarkan maklumat ini pada rakan-rakan yang lain. Terima kasih.
|
Note: If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at adinoor@yahoo.com
Lets see where it leads from here...Thanks.
No comments:
Post a Comment