Saturday, 16 January 2016

LOKASI KERJA PERKAHWINAN

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Tiba-tiba anak anda sudah besar. Dia mahu bernikah @ dia nak berkahwin. Mahu hidup bersama pasangan pilihan-hatinya. Maka bermulalah satu episod kehidupan baru bagi anda. 

Untuk membuat satu kerja perkahwinan di Shah Alam ini perlukan sedikit sebanyak penyelidikan untuk memastikan ianya efektif dan permudahkan perjalanan. 

Yang bermain dikepala anda suami isteri ialah lokasi. Pemilihan lokasi pula hendaklah tepat untuk tuan rumah tidak stress lebih dari pengantin pada hari kerja kahwin nanti.

Antara lokasi pemilihan orang taman ini adalah seperti berikut tetapi tertakluk kepada keadaan akaun bank masing-masing.

1. Dewan Bunga Kertas
2. Kelab Shah Alam 
3. Rooftop Bukit Jelutong 
4. Dewan Jalan Andang - Bukit Jelutong ( Baru )
5. Dewan Utama - Bukit Jelutong 
6. KGSAAS
7. Dewan Elaies II ( Baru ) 
8. Space U8 ( Baru ) 
9. Hotel Concorde Shah Alam
10. Hotel Dee-Palma Section 19 Shah Alam
11. Hotel Blue Wave Shah Alam
12. Dewan Besar MPSA
13. Khemah depan rumah. 

Semua bergantung kepada budget masing masing. Ada yang package sekali dengan pelamin, makan minum, PA System, andam dsb lingkungan RM30,000-RM40,000.00 untuk 800 orang. 

Bunga Telur @ buah tangan - ini cerita lain & kos lain. Senang cerita ramai orang kata beli di Nilai 3 - tertakluk apa yang kita nak beli ? Sebenarnya kita boleh buat shopping sedikit ada di bandar Klang, Bandar Botani GM Klang, Jakel Shah Alam atau Balakong. Ini semua cerita orang lah - bila tiba seru masanya maka kita akan melalui laluan ini.  
DEWAN BUNGA KERTAS TTDI JAYA: Sewa dewan, hawa dingin dan cagaran anggaran RM1,500.00 tidak termasuk sewa kerusi meja, pelamin, carpet merah, makanan, minuman, bunga mangar, hulubalang, panglima, dayang-dayang menari, kompang, guitaris, saxaphone Kassim Selamat, penyanyi serta penyambut tetamu. 

Untuk sewa ini silaa hubungi MPSA. Jadual amat ketat kerana dewan ini digunakan oleh oleh Tuan Haji Ahlaken, Mr Raju Ramasamy, Mr Lim Bee Sing &  Jugah anak Gembira. Semua bangsa dalam taman boleh guna. Tiada sekatan. 

Penduduk ramai - siapa buat tempahan dulu dialah yang dapat. Selalunya tempahan dengan wang pendahuluan akan diutamakan, tempahan dengan lidah dan hati yang suci murni agak sukar untuk diterima. Tiada resit bukti tempahan tiada tentu dapat tempat ini. 

Ini adalah lokasi yang amat baik kepada tetamu dari taman ini - dekat & senang untuk hadir. 


DEWAN THE SPACE DI LOKASI SPACE 8 : Ini tempat baru. Carpet tebal, dewan berhawa dingin, parking hujan panas ribut petir adalah berbaik. Pakej adaalah istimewa. Penduduk sebaagaai tetamu dari taman kita semestinya gumbira - sebab dekat. 

DEWAN BUKIT JELUTONG JALAN ANDANG : Dewan ini hawa dingin dan mempu memuatkan hampir 1000 orang sekali duduk. Nak sewa minta pada MPSA lah. 

DEWAN ELAIES II - BUKIT JELUTONG : Dewan comel ini mampu memuatkan hampir 400-600 orang. Ruangan hiasan merupakan santai serta berkonsep taman. 
KENDURI DEPAN RUMAH: Kenduri depan rumah secara teorinya macam jimat dari segi perbelanjaan. Namun secara realitinya ianya kurang hanya 16.78% dari jumlah belanja buat didalam dewan.

Kekurangannya mengatasi segala kebaikan. Dari segi kesesakan jalan-raya, permit MPSA untuk penutupan jalan, jiran yang tidak berkerjasama, tandas rumah yang sentiasa penuh, khemah lewat pasang & buka, tempat penyediaan makanan tidak teratur, tiada hawa dingin dan segalanya.

Zaman Uji Rasyid anak dara dulu, membuat kenduri dikampong halaman memanglah mudah, mesra & ramai bergotong royong. Satu minggu sebelum acaara kenduri sudah meriah satu kampong. Namun disini harapkan bangla atau indon sajalah. Bangla & Indon pun dah tahu demand sekarang. Jikalau nak tempah khemah yang paling dekat dengan TTDI Jaya boleh layari laman ini - tiada komisen untuk penulis - ini kerja amal. 
http://www.afkanopi.com/pakej/diamond/

SELAMAT MENYAMBUT MENANTU. 


If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at idirusli@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

No comments: