Saturday, 23 January 2016

HUJAN KETULAN AIS DI TAMAN KITA





HUJAN KETULAN AIS BATU:  Hairan bin Ajaib bin Terkejut ! Hujan ketulan ais batu di taman kita pada petang Jumaat lebih kurang jam 4.14 petang. Yang menghairankan kenapa orang panggil Hujan Batu? Sebenarnya ianya Hujan Ketulan Ais Batu - bukan Hujan Batu !

Kalau hujan batu pejal, sudah tentu kepala benjol, cermin kereta pecah serta berbagai kemusnahan yang lain.

UNIK SUNGGOH TAMAN INI : Tanggal 26hb Februari 2006, taman ini dikejutkan dengan banjir yang amat dasyat memusnahkan banyak harta benda. 

Tahun ini genaplah 10 tahun memori duka yang melukakan penduduk setempat. Kini kita dikejutkan dengan Hujan Ketulan Ais Batu yang pasti akan menfamouskan nama taman yang bertuah ini. 

Ketulan ais batu ini sudah tentu kuat akan bunyinya apabila bertebung dengan bumbung zink bahagian belakang sambungan Masjid Al-I`tisam.  Kepada yang tidak berkesempatan - sila lihat video. 

Gambar ehsan Utusan Online & You Tube. 


()()()()



If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at idirusli@yahoo.com Lets see where it leads from here...Thanks.

No comments: