Monday, 6 February 2017

PELANCARAN INFAQ RM10 SEHARI DAPAT SAMBUTAN MERIAH





INFAQ RM 10 SEHARI akan dapat menjanakan dana untuk pembangunan Masjid Al-Itisam. 

" Melalui program Infaq RM10 sehari untuk tahun 2017 sebanyak sasaran 3000 orang peserta , Insya-Allah kita akan dapat menjanakan sebanyak hampir RM10 juta " kata IR Abdul Karim Nazir Masjid Al-Itisam di program Kepimpinan Jati Diri Masjid Al-I`tisam di Ulu Langat baru-baru ini. 

" Saya berharap ramai diantara kita akan dapat membantu dengan menyertai program INFAQ RM10 sehari ini serta dapat juga membantu mencari saudara-mara serta rakan taulan untuk sama-sama menyertai skim ini . Melalui networking ini kita akan dapat memperkasakan tabung dana pembesaran masjid " tambah beliau. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :- 

1. Tuan Arpi - 019-3544402 ( Setiausaha )
2. Haji Raman - 011-2704 0394 ( Bendahari )
3. Encik Gafur - 018-611 4457 ( Urusetia )





AERIAL VIEW VIA PHANTOM DRONE as at 3rd February 2017


Gambar ini dirakam pada 3hb Februari 2017 pada sekitar jam 11.15 pagi. 







PEJAM-CELIK PEJAM CELIK PEJAM CELIK sudah masuk tahun 2017 dalam bulan Februari. Ini adalah perkembangan yang jelas dan nyata mengenai pembangunan yang pesat Masjid Al-Itisam. Gambarajah Fasa 2 yang hanya tinggal kemasan dalaman serta pendawaian elektrik.


Perancangan yang seterusnya ialah membina Fasa 1B Masjid Utama. 

Pelbagai rancangan mencari dana sedang diatur bagi mendapatkan RM10 juta untuk tindakan seterusnya .

Sumbangan dari anda amat dialu-alukan.


Dana Kompleks Islam Al-I`tisam 
Maybank : 5624-7813-0016

KEMASKINI STRATEGI & RETREAT UNTUK 2017 - 2018 MASJID AL-ITISAM

IR ABDUL KARIM - NAZIR MASJID AL-ITISAM sedang mengulong beberapa fakta utama strategi bagi memantapkan gerakerja Masjid Al-Itisam sessi tahun 2017-2018.

Kemaskini strategi & retreat ini telah diadakan pada 4hb-5hb Februari 2017 bertempat di Ulu Langat Selangor. 

SAUDARA KAMAR - sedang berkongsi strategi bersama mengenai KPI Lajnah Dakwah Masjid serta didengan dengan teliti oleh semua peserta. 


FOKUS & TEKUN pada sessi perbentangan maklumat. 



KEKUATAN MUSLIMAH 





TUAN HAJI ABDUL KHAMIS - Timbalan Nazir sedang berkongsi maklumat yang penting mengenai tenaga kerja.

FOKUS akan gerak kerja teliti dengan displin yang tinggi. 

TERTIP & BERWAWASAN - gambar kerja berkumpulan disebuah resort di Ulu Langat Selangor. 

GAMBAR KENANGAN BERSAMA - free style. 

Lepas Geram selepas berkurung dua hari dalam bilik seminar. 

Monday, 16 January 2017

FORUM RASULLULAH DI HATI PEMBUKA TIRAI TAHUN 2017


Sambutan hangat : Forum Rasullulah di Hati telah membuka tirai majlis ilmu Masjid Al-Itisam pada bulan Januari 2017.  Forum ini begitu santai dan berjaya mengupas beberapa topik yang amat menarik untuk anak kariah taman.

Dari kiri :   Ustaz Azariza Alawi , Bob Lokman sebagai moderator dan Ustaz Raihan Aziz sedang rancak menyampaikan inti pati majlis. 

Ustaz Azariza Alawi - bersemangat memberi pandangan. 

Ustaz Raihan Aziz - bersahaja dalam ceramah beliau.

Saudara Bob Lokman - Moderator - berbicara melalui pengalaman. 

Antara yang memenuhi dewan solat utama Masjid Al-Itisam.


Gadingan mantap dan bersahaja.
Tahniah AJK Masjid diatas program ini. 

Friday, 23 December 2016

READY FOR THE ROOF TILES - ADMINISTRATION BUILDING















A few pictures will tell you a few thousand words in this page. As I do not need to explained further.

It is within a matter of days now we shall witnessed a full completion of the roof tiling for this administration building.

Some tightening of nuts & bolts are progressively being carried out for this final assignment.





Picture taken on 21st December 2016.
Lovely day. Great blue sky.  


 

Thursday, 15 December 2016

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL 2016 TEPATI OBJEKTIF













RUMAH PENUH ! Pada setiap ruang di Kelab Shah Alam pada Majlis Makan Malam Amal untuk Dana Pembesaran Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya Shah Alam Selangor. 

Majlis Makan Malam Amal ini diadakan untuk mencari dana pembesaran masjid Al-Itisam yang sedang rancak dalam pembagunan serta publisiti kepada badan-badan korporat, syarikat dan perseorangan. 

Sebanyak 41 buah meja telah habis ditempah melalui nilai meja sebanyak RM10,000.00 Meja Berlian, RM5000.00 Meja Intan, RM3000.00 Meja Nilam, RM300 untuk persaorangan. 

Sebanyak lebih RM23,600.00 telah di infaq oleh beberapa individu pada malam majlis ini. 

Turut mewarnai majlis ini ialah persembahan dari Kumpulan Hijjaz yang begitu hebat. Kelunakan suara Kumpulan Hijjaz serta diselang-selikan mempromosi dana pembangunan masjid meniup semangat hadirin yang hadir pada malam 13hb December 2016 ini. 

Yang Berusaha Dr. Ustaz Zaki bin Abdul Latiff memberi tazkirah pendek bertajuk " Kemenangan Melalui Infaq " meniupkan lagi semangat hadirin pada malam tersebut.