Sunday, 18 September 2016

PASAR MALAM SAUJANA INDAH SETIAP HARI JUMAAT





PASAR MALAM SAUJANA  INDAH SETIAP HARI JUMAAT :

Merupakan lokasi hanya diseberang jalan hadapan Masjid Al-I`tisam. Pelbagai barangan yang dijual dsini termasuk sayran, daging , ikan, baju, makanan dan peralatan elektronik murah.  

SAYUR-SAYURAN : Terbaik dari ladang. Murah & segar. 

LAKSA UTARA & BIHUN SUP : Panas & mendidih kuah. Dua periuk besar setiap minggu. 

DAGING SEGAR DARI LEMBU SIHAT WALAFIAT : Merah daging ini dan harga berpatutan. 

SAYUR BANGLADESH : Bagaimana ianya tumbuh segar disini - tidak diketahui .

PUTU BAMBU PANDAN : Enak sekali makan depan TV, belakang TV, dalam kereta atau bagi kawan-kawan. 

SAYUR SEGAR . 

KEENAKAN WADE : Paling ranggup & paling laris. 




COCONUT SHAKE ; Paling laris . 



Friday, 16 September 2016

Mr Lee Jual Buah Buahan depan Maybank




Hampir setiap hari kita dapat melihat Encik Lee berniaga buah-buahan dihadapan Meybank. Beliau berasal dari Klang. 

Peramah orangnya. Buah-buahan berkualiti dan tidak begitu mahal. Menumpang mencari rezeki di taman kita. 

Mr Lee  :  Hari ini kurang bernasib baik lah abang. 

Abang   :  Kenapa tawkay ? Buah kurang laku ka ? 

Mr Lee  :  Haiyaa...tadi ada seorang budak india naik motor   beli saya punya buah rambutan. Dia bayar RM100 untuk beli sepuloh ringgit saya punya rambutan. 

Abang   :  Apa masalah?

Mr Lee  : Kemudian dia kata tak mau sebab dia mau pulasan dan kansel beli. Saya kasi itu duit RM10 balik dan ambil itu rambutan. Dia angkat RM10 dari saya dan terus pergi. Saya check balik itu RM100 duit palsu. Hari ini sudah rugi Satu Ratus Ringgit.

* Tampar dahi. 

Moral of story - sentiasa berhati-hati dengan duit besar RM100.00 dan RM50.00 duit palsu banyak berkeliaran. 








SURAU SAKEENAH ANJUR QURBAN 6 EKOR DIKETUAI OLEH USTAZ YAZID










SURAU SAKEENAH ANJUR QURBAN SEBANYAK 6 EKOR LEMBU - Ustaz Yazid  Pengarah Qurban Surau As-Sakeenah menyermpurnakan qurban salah satu lembu di perkarangan Surau As-Sakeenah. 

TAKLIMAT KEPADA MUSLIMAH - Ustaz Yazid  Pengarah Qurban Surau As-Sakeenah sedang memberi taklimat khas kepada kaum muslimah, bagaimana untuk menyinsir daging qurban dengan cara yang paling baik dan effisyen.

" Alhamdullilah - pada tahun in 10hb Zulhijjah 1437H, kita dapat melaksanakan Ibadah Qurban sebanyak 6 ekor di Surau As-Sakeenah buat pertama kalinya.

Sambutan dan sokongan yang diberikan oleh masyarakat tempatan adalah diluar dugaan dari segi sokongan tenaga, dana serta moral.

Walaupun terdapat beberapa cabaran, namun kita dapat atasinya dengan baik dan sempurna.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak lansung bagi menjayakan program ibadah qurban ini di Surau As-Sakeenah. " kata Ustaz Yazid mengakhiri perbualan. 


SEMBELIHAN QURBAN PERTAMA - Dengan bantuan tenaga asing Ustaz Yazid melaksanaakan tanggong-jawabnya dengan sempurna menyembelih lembu qurban yang pertama. 
MUSLIMAH SURAU AS-SAKEENAH - turut menjayakan ibadah qurban surau. Walaupun tidak ramai namun tetap dapat berkerjasama serta menjalinkan semangat kemasyarakatan yang baik. 

SENARAI PERSERTA QURBAN DAN AJK KHAS - Majlis Ibadah Qurban Surau As Sakeenah tahun 1437H . 

SEMANGAT KERJASAMA YANG ERAT - antara muslimah yang bertungkus lumus menjayakan Program Ibadah Qurban Surau As-Sakeenah 10 Zulhijjah  1437H.  Terima kasih kepada semua yang terlibat . 




Monday, 12 September 2016

IBADAH QURBAN TAHUN 1437H 12 EKOR LEMBU 2 EKOR KAMBING

PADAT & KHUSYUK . Dewan solat yang dipenuhi oleh jemaah muslimah. 


RUANG SOLAT BARU DIPENUHI OLEH SEGENAP ANAK KARIAH. 

SOLAT SUNAT AIDIL ADHA - Memenuhi setiap ruang didalam masjid kita. 

YANG DITUNGGU SUDAH TIBA - walupun lewat namun kerja-kerja sembelihan selesai pada jam 12.48 tengahari.

Kelewatan adalah disebabkan oleh hujan lebat pada sebelah pagi. Lembu-lembu qurban ini dibeli dari Haji Azhar di Teluk Menegun Klang.

LEMBU GRED A - Pembelian dari Haji Azhar Teluk Menegun Klang Selangor. Sihat-sihat belaka. 

SEIRING, SEJALAN & SEIRAMA - Ustaz Fairuz dan Haji Jabar memerhati apa yang patut. 


KERJA-KERJA MENURUNKAN LEMBU DARI LORI - bukan satu tugas yang mudah. Kita perlukan tenaga kudrat yang kuat. 

USTAZ SYAHIDEE SEDANG MELAKUKAN QURBAN - dengan lafaz bismillah Ustaz Syahidee dengan tenang melaksanakan tugas sembelihan . 


TENAGA KEDERAT - Unit sembelihan ini memerlukan tenaga yang kuat. 

PATUH ARAHAN KESELAMATAN : 

PESERTA IBADAH QURBAN SETIA MENANTI ; Kerja ibadah qurban ini perlukan pengorbanan dan kesabaran. 

BUDAK COMEL DILOKASI SEMBELIHAN. 

CUCI LUAR SAHAJA - TIDAK BOLEH VACCUM. Pembantu yang didatangkan khas untuk kerja-kerja mencuci. 

KERJA-KERJA MELAPAH - unit melapah sentiasa dalam keadaan teliti apabila menjalankan tugas. 




KELUAR ISI PERUT - proses ini merumitkan serta perlu kepakaran. 

KERJA YANG TELITI . 

MEMOTONG TULANG - kerja yang memerlukan penelitian yang tajam dan teliti. Mesin pemotong tulang tajam dan merbahaya. 

SAHABAT KARIB - tugasan bersama setiap tahun. 

MEMERHATI DENGAN TELITI UNTUK SOP KAIZEN SERTA MTM @ Management Time Method oleh Haji Zainal Osman.

HEMBUSAN JAMPI SEMANGAT OLEH SAUDARA YUSOF PADA ANAK BUAHNYA. 

UCAPTAMA TIMBALAN NASIR - HAJI KHAMIS SERTA KETUA UNIT AGIHAN. Memberi kata dua pada majlis ibadah Qurban tahun 1437H.


LOKASI MEMOTONG TULANG. 

MENGANGKAT LEMBU MENGUNAKAN FORKLIFT. Agar tidak terbalik kerja-kerja ini dilakukan dengan teliti. 

UNIT MELAPAH. 

TERKONANG SEMASA DULU. Apalah yang dimenungkan oleh pemandu lori ini. 

MUSLIMAH YANG TIADA KENAL ERTI PENAT. Tahniah unit muslimah. 

CENDOL YANG SENTIASA TIDAK PUTUS BEKALAN - cendul sedap yang sentiasa menjadi buruan pengunjung. 

KESIBUKAN SEMANGKOK CENDOL - menjadi tumpuan segenap lapisan. 

TERLAJAK LARIS AIS-KRIM. Ais Krim percuma sememangnya pasti laris tanpa was-was. 

SAHABAT SEMANGKOK CENDUL - Hj Jabar bersama dengan Haji Zakaria Marican agak muram kerana tiada Cendul Pulut Durian kegemaran mereka. 

CAPTAIN (B) HALIM SIBUK MELAYANI KERENAH KELUARGA. 

HARI KELUARGA - Beraya di masjid kita. 

MAKAN BERJEMAAH - UNIT ANTARABANGSA 

PATUH ARAHAN. 


TERSUSUN RAPI - SIAP SEDIA UNTUK AGIHAN . 

MENANTI ISYARAT DARI URUSETIA. Laluan muslimah yang patuh arahan menunggu dengan tenang untuk menerima agihan daging qurban.