Wednesday, 24 August 2016

OH KOME DHURIAN DOH SAMPAI




TAMAN KITA BANYAK HANTU @ HANTU DURIAN. 

Saban minggu ada peraih durian sampai ke taman kita. Lokasi lubuk emas ialah di hadapan Masjid Al-I`tisam tempat mencari rezeki. 

Tumpang berkat masjid ( hulur lah mana patut pada tabung pembangunan masjid ) 

Hari ini durian kampong ini dijual oleh peraih diatas pada beberapa harga yang boleh dipertikaikan oleh pengemar durian.  Ada yang RM15 sekilo, RM12 sekilo dan RM10 sekilo. 

Rata rata durian lebih dari sekilo yang bermaksud - dua butir durian bernilai RM 30 ringgit lebih kurang. 

Saudara tidak perlu bertanya mengenai Durian Musang King yang mempunyai harga RM28 sekilo sehingga RM70 sekilo untuk grade super AAA. 

Kita mampu tanam beberapa pokok durian Musang King atau Udang Merah dan sebagainya di keliling taman kita - masalahnya ialah Musang Kaki Dua akan berkeliaran malam tunggu durian jatuh. 

Kita kira Infaq sajalah. 




Tuesday, 23 August 2016

TERKEJUT BEROK TENGOK BEROK !







TAMAN NEGARA TAMAN KITA .

Taman kita sunggoh bertuah.  Kita dianugerahkan pelbagai kehidupan habitat natural dikelilingi oleh spesis burung air seperti burung bangau, burung puchong, serindit, biawak, ikan-ikan, tikus, kucing liar, musang pandan, ular dan juga monyet.

Hari ini di Jalan Malim U2/6, tetamu yang mengundang diri sendiri hadir bagi mengiratkan silaturahim sesama penduduk.

Tanpa segan silu, mereka naik atas bumbung menghirup udara segar taman.

Jika anda tidak mahu menjemput mereka ke dalam rumah, pastikan semua tingkap rumah anda ditutup.


BANGUNAN PENTADBIRAN SERBAGUNA BERDIRI MEGAH







BANGUNAN PENTADBIRAN SERBAGUNA bakal menampung segala aktiviti kemasyarakatan untuk anak kariah Masjid Al-I`tisam ini. 

Bangunan yang setinggi tiga tingkat ini akan dimaksimakan kegunaannya untuk masyarakat setempat.


Insya-Allah akan siap seperti yang di jadualkan.  


Gambar dirakam pada 22hb Ogos, 2016 

LANSKAP YANG INDAH





SEDIKIT DEMI SEDIKIT LANSKAP KITA SEMAKIN INDAH.

Dulu hutan yang dipenuhi lalang, semak dan pokok petai hutan mencacatkan permandangan hadapan laluan utama Masjid Al-I`tisam yang kini dalam proses cantik. 


Kerja-kerja mencantikkan lanskap perlukan sukarelawan yang mahu membantu sekurang-kurangnya dua minggu sekali. 

Ianya tidak mengambail masa yang panjang , cukup dalam kadar 120 minit sahaja kita mampu mengubah persekitaran. 

Mari kita jayakan lanskap Masjid Al-I`tisam ini. 


Gambar pada 22hb Ogos, 2016.

Monday, 22 August 2016

KITA KEHILANGAN SEORANG PUTERI


JENAZAH ALLAHYARHAMAH DAYANA SYAFIQAH BINTI ZAINUDIN selesai solat jenazah oleh beratus orang di Masjid Al-Itisam Taman TTDi Jaya Shah Alam. 

AL-FATIHAH.

BERAT MATA MEMANDANG, tidak sama berat bahu yang memikul. Betapa hancurnya hati seorang ayah dan ibu kehilangan seorang puteri yang tercinta Dayana Syafiqah Binti Zainudin yang tergelincir dari tebing ketika berkelah di Lata Medang Peretak Kuala Kubu Baru pada 21hb Ogos, 2016. 



BERITA DARI AKHBAR BERITA HARIAN


KUALA KUBU BHARU: Seorang guru wanita sebuah sekolah di Shah Alam maut manakala rakannya cedera selepas terjatuh dari tebing setinggi 10 meter ketika berkelah di Lata Medang, di sini, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Dayana Shafiqah Zainuddin, 24, dari TTDI Shah Alam meninggal dunia akibat cedera parah di kepala, manakala rakannya, Aisyah Farina Zaidi, 24, juga dari TTDI Shah Alam, parah di bahu. 


Kedua-dua mangsa dikatakan pergi ke kawasan air terjun itu bersama tiga lagi rakan mereka yang semuanya berasal dari Shah Alam untuk berkelah sempena cuti hujung minggu.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 1.15 tengah hari untuk kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa. 

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan berada di tepi kawasan air terjun manakala tiga rakan mereka sedang mandi manda. 


"Salah seorang daripada mereka dipercayai tergelincir dan cuba berpaut pada rakannya, namun kedua-duanya terjatuh di kawasan berbatu di air terjun berkenaan. 


"Mereka jatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter ke kawasan air terjun yang berbatu menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan seorang daripada disahkan meninggal dunia," katanya kepada BH, tadi. Katanya lagi, anggota bomba turut memberi bantuan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.


<><><><>


Sunday, 21 August 2016

CATS ARE BORING - SILVER-LEAF LANGUR BABIES ARE AWESOME !






Spotted at the Mosque car wash area. Indeed not a boring hobby as compared to cats, dogs, sugar-glider, hamster, iguana or even dumbo fish the Flower-horn. 

As the stories goes, this baby Silver Leaf Langur was rescued by this lady as the mother is dead aka dinner menu of the Orang Asli. 

If this small cute orange coloured baby langur was not rescued, he might end up as part of thanks giving barbecue feast.

" When I found this baby langur, he was in orange colour. Now already one year old and clinging on me as the foster mother " said the lady not to be named. 

" He love small imported cucumber the zucchini  and apples. I intend to release this langur when he can fend for itself " she said ending the conversation. 


All the best. 

Saturday, 20 August 2016

KERJA KUAT HARI INI














JENTERA JENTERA BERAT SUDAH MULA MEMASUKI tapak pembinaan pembesaran Masjid Al-I`tisam kita.

Ini petanda kerja-kerja persiapan untuk menyiapkan bahagian tingkat ketiga bangunan pentadbiran. Lihat sendiri aktiviti sibuk ini. 


Nota : Gambar-gambar ini dirakam pada 20hb Ogos, 2016 sekitar jam 11.30 pagi.

TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID BERJAYA














TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM yang di buat pada hari ini 20hb Ogos, 2016 bertempat di ruang solat utama Masjid Al-I`tisam berjaya menyampaikan maklumat terkini akan status pembangunan serta status kewangan terkini.

Rata-rata anak kariah amat prihatin akan dana yang dapat dikumpulkan bagi merealisasikan pembesaran Masjid
Al-I`tisam ini.

Beberapa cadangan yang bernas serta parktikal telah disyorkan kepada Jawatankuasa Khas Dana pembesaran Masjid yang akan di praktikan dalam masa terdekat.

Turut serta beberapa anak kariah kita akan membantu pihak AJK didalam beberapa perkara seperti sumbangan peralatan didalam dan luar masjid.

Jazakallah.