Thursday, 9 August 2018

MASJID AL-ITISAM SIAP SEDIA UNTUK IBADAH QURBAN



USTAZ MOHD ARIFFUDDIN BIN WAN ABDUL RAZAK  TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGARAH IBADAH QURBAN untuk tahun ini. Beliau bersama AJK Kuat sedang memilih lembu-lembu yang terbaik untuk Ibadah Qurban tahun ini. 





Minit Ringkas Menyuarat Korban Masjid Al-I'tisam  1439/2018 
Kali 2, Selasa 7 Ogos 2018 Jam 9.45pm

Pengarah
➡ Total lembu korban 14 ekor termasuk lembu kerajaan
➡ 1 lembu karak ambil 20/8
➡ Seekor kambing aqiqah akan diuruskan sehari lebih awal
➡ Serah anggaran perbelanjaan setiap unit lebih awal

Tmb. Pengarah - Ust Azrol
➡ Kuliah Maghrib Khas berkaitan korban oleh Dr Nizam Kadir pada jumaat 17/8.
➡ Borang sukarelawan akan ditampal sebelum jumaat 10/8
➡ Air botol mineral kecil

Unit Lembu 🐂 - Hj Marzuki/Rahmad Alias
➡ Sediakan pasir yg mencukupi utk kselamatan lembu + laluan baru
➡ Perlukan besi ikat tali yg baru dan besar
➡ Tali baru 60 kaki
➡ Lembu Kerajaan akan dipilih pada khamis 9/8 dan akan dhantar sehari lebih awal
➡ Sediakan nama peserta dari kalangan asnaf utk lembu krjaan

Unit Lapah - Ust Fairuz
➡ Tenaga Lapah 12org
➡ Tenaga cuci perut dari pelajar politeknik 15org
➡ Kemudahan angkat daging

Unit Sembelihan - Ust Syaheede
➡ Penyembelih : Ust Sujak, Ust Jabar, Ust Fairuz Dan Ust Shah pakistan
➡ Sembelihan pertama lembu MSU atau lain utk dimasak buat jamuan.

Unit Sisir & Ptg Tulang - Hj Zainul Asri/Abg Din
➡ Sisir dan potong daging lembu pertama jgn terlalu besar utk memudahkan kerja unit jamuan

Unit Tajaan - Ust Wan Ilias
➡ Baju petugas lelaki 150 helai, Muslimat 48 Helai dan AJK 30 helai
➡ Dapat tajaan cendol, aiskrim dan apam balik
➡ Serah baju 20/8

Unit Urusetia - Ust Asy-Syafiq/Safar
➡ Sediakan aturcara program
➡ sediakan white board dan senarai penuh peserta
➡ Sediakan walkie talkie
➡ Sediakan MC dan ajk unit urusetia
➡ Urus Kepala, daging batang pinang, ekor.


Unit Keselamatan/Peralatan - Hj Salim
➡ Peralatan First Aid lengkap/Rawatan awal kecemasan akan dibantu En. Zawawi
➡ Peralatan Tambahan:
     - penimbang 2unit
     - kereta sorong 1unit
     - tali ikat 60 kaki 1unit
     - plastik2 agihan
➡ besen utk pisau dan peralatan lain selepas guna.

Unit Potong Daging/Timbang dan Bungkus - Ustazah Azida

Pemantau - Haji Khamis
➡ daging 800grm + lemak dll 200grm dicampur dlm 1plastik agihan.
➡ Taklimat khas utk petugas muslimah dr Hj Khamis
➡ Bahagi Sukarelawan Muslimah kpd 3unit kecil. Potong, timbang&bgkus
➡ bawa pisau dan papan pemotong sendiri
➡Agihan baju mengikut kehadiran awal
➡ ekor bagi 7

Unit Kupon /Agihan - Zulkifli Ahmad/Hafiz Ganu
➡ Agihan kupon malam&pagi raya/nyatakan tempoh waktu ambil dgg di kupon
➡Agihan daging bermula lepas zohor
➡ Kupon:
       - putih warga asing
       - biru ahli kariah
      Plastik :
       - kuning ahli kariah
       - merah peserta
       - putih warga asing
      Daging :
       - Kariah 1kg
       - W.asing 1/2kg
       - Peserta Dgg 2kg, dalaman 1/2kg, tulang 2kg

Unit Jamuan - Adena Husin
➡ Berbuka hari Arafah utk 200 orang - gulai kawah dgg karak
➡ sarapan pagi raya utk 250 orang - N.lemak dan Bihun + Sup Kambing Aqiqah
➡ Menu makan tghri raya pertama - Nasi Briani
➡ Air Minum berperisa sepanjang program
➡ sediakan bajet dan petugas masak

Unit Lokasi/Kebersihan - Zawawi
➡ Lokasi :
      - Sembelihan : tempat lama
      - Lapah&cuci perut : Car wash
      - Sisir&P.tlg : bawah kemah dataran
      - P.dgg/tmbg/bgks dan agihan : Ruang Solat terbuka
➡ Tong Roro

MESYUARAT AKAN DATANG 20 OGOS 9.30 MALAM

 AGIHAN DAGING 

Maahad Bustanul Arifin
Lokasi : jln hj amin, kg labuhan dagang, banting
Tarikh tubuh: 27/8/2004.
Jumlah pghuni: 250 org.
Nama Pengetua: Us Ansori
Jumlah agihan:
Cara Agihan: hantar

2. Rumah Amal Asnaf Al Barakah
Lokasi: Bt 8 Sijangkang Kelang.
Tarikh tubuh :
Jumlah penghuni :50
Nama Pengetua :Tn Hj Hamid (013-3955588)
Jumlah agihan :
Cara Agihan: ambil sendiri

3. Maahad Tahfiz Mutqan
Lokasi : Masjid Tmn Sri Muda
Tarikh tubuh : 2012
Jumlah penghuni : 20 orang
Nama Pengetua : Ustaz Ridwan
Jumlah agihan :
Cara Agihan: hantar

4. Maahad Tahfiz Darul Hadis Caw Shah Alam.
Lokasi : No 1 Jalan Sastera U2/1B, Taman Ttdi Jaya.
Tarikh tubuh : 17 Januari 2015.
Jumlah penghuni:  15
Nama Pengetua : Ustaz M Fairus Shuaib
Warden : Zulkarnain 017 302 5085 .
Jumlah agihan :
Cara Agihan: ambil sendiri

5. Maahad AL-I'TISAM (MALAQ)
Lokasi: Masjid Al-I'tisam
Tarikh Tubuh: - 1998
Jumlah Penghuni: 73 orang
Mudir: Ustaz Shukri
Jumlah Agihan:
Cara Agihan: ambil sendiri


NOTA: SEMUA PERKARA DIATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN & PERUBAHAN MENGIKUT KEADAAN SEMASA YANG AKAN DIPUTUSKAN OLEH JAWATANKUASA IBADAH QURBAN. 


DIPERLUKAN - SUKARELAWAN SEBAGAI JURUGAMBAR  SEMASA IBADAH QURBAN. SILA HUBUNGI USTAZ MOHDARIFFUDDIN - 03-78327876. DALAM KADAR SEGERA. 

Wednesday, 8 August 2018

SIBUK BINA TANGKI AIR HARI INI

















BEGINI DALAM CERUCUK PEMBINAAN TANGKI AIR UNTUK MASJID AL-iTISAM.

Tuesday, 7 August 2018

CHEVROLET SPARK - 800 CC -ROADTAX RM20 SETAHUN


LALUAN IKLAN 

Chevrolet Spark
800 cc
Tahun 2005
Manual
Empat Tayar Baru,
Lower Arm Kiri & Kanan Baru.
Air-Con Sejuk Dingin.
Semua signal bergerak.
Radio & CD PLayer,
Remote Control
Alarm System
Wiper Blade Fungsi
Power Window Fungsi
Side Mirror Control Fungsi
Radiator Tiada Leaking
Seat Dalaman Cantik Tiada Koyak
Dua Kunci Keselamatan Untuk Hidupkan Kereta
Penjimatan Minyak Yang Hebat
Spareparts mudah cari di Klang
Roof Rack
Kereta K4
Cat dual Tone
Kereta Cutie-Mutie
Harga RM6500 Tunai - Siap Puspakom.
Whatapps : 019-5526799



Saturday, 4 August 2018

FESTIVAL BUDAYA SELANGOR - STADIUM MELAWATI


FESTIVAL SENI BUDAYA SELANGOR akan berlansung hari ini di Stadium Melawati Selangor. Dekat sahaja.

Tiada lagu Hard Rock atau Underground Musik - anda tidak perlu risau. Bermula jam 8.00 malam.

Jemputlah. 

Friday, 3 August 2018

BANYAKNYA TIANG TANGKI AIR UNTUK MASJID AL-I`TISAM

SENYAP TAK SENYAP - dah hampir 30 batang piling cerucuk besi telah ditanam di tapak tangki air Masjid.

Lanskap masjid kita akan berubah. Sedikit demi sedikit akan siap Masjid idaman semua. Jazakallah kepada penderma. Sedikit atau banyak - sangat-sangat membantu.

Jika perlukan tabung untuk diletakan dirumah , jangan segan segan mohon dari masjid .

Hantar nama anda:
Alamat Penuh :
Email:
Nombor HP :

Hantar whatapp anda kepada : 019-5526799
Tulis : Mohon Tabung Percuma.

Insya-allah kita boleh menjayakannya.


Thursday, 2 August 2018

KAWASAN TANGKI AIR MASJID

SEDAR TIDAK SEDAR CERUCUK TIANG UTAMA tangki air Masjid Al-I`tisam telah mula dijalankan.

Ini adalah penting kerana - jemaah kita sensiasa ramai dan memerlukan jumlah air yang banyak untuk berwudhu.

Mohon bersabar. Semua berjalan mengikut perancangan.

Wassalam. 

Saturday, 28 July 2018


TAHNIAH HAJI ROSLI & HAJAH  RAMLAH kerana menerima menantu perempuan. Makan sedp. Decoration mengalahkan hotel lima bintang. Pelayan catering peramah. Juadah beranika jenis. Cuaca pula redup. Kunjunganpun ramai. Deejay pun hebat. Apa lagi yang tidak kena. Semua indah belaka. Cuma gambar pengantin tak sempat ambil - dik kerana sibuk melayan tetamu serta kenalan. 


BILA DUA DATO MAKAN SAMA MEJA -  bersahaja cerita semasa. Dato Hamzah & Dato Baha sentiasa ceria dan bersahaja menghadiri majlis.



DURIAN MENYERANG TAMAN KITA







DALAM masa seminggu berbagai-bagai jenis lori, pick-up, kereta, motosikal dan sebagainya datang masuk taman kita jual Durian. 

Durian sedang murah ketika ini. Selonggok RM2.00 pun ada jual di Pasar Malam Saujana Indah - tetapi itu standard Bangla makan lah. 

Mereka suka beli yang murah - maka itulah budget mereka. 

Brhati-hati bila membeli. Kita bukan pakar Durian. Yang penjual jenis Musang pun banyak. Kata Musang King tetapi lain. Timbang pun lain jadinya. 

Maka masa inilah mereka raih keuntungan yang tinggi. Pada yang diabetik - lagi kena berhati -hati. 

Salam Durian. 



Tuesday, 17 July 2018

MASJID AL-ITISAM SUDAH ADA QRPAY DARI MAYBANK



UNTUK MENDAPAT PAHALA YANG LUMAYAN - dan saudara mahu menderma kepada Dana Pembesaran Masjid Al-Itisam , kini sunggoh mudah. 

Sila guna QRPAY - mudah, selamat & efektif. Sumbangan anda terus ke 

DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM 
MAYBANK : 5624-7813-0016

Fasa 3&4 sudah akan bermula. 





Monday, 16 July 2018

AL-KISAH DURIAN DI TAMAN KITA

HARGA 80 SEN SELONGGOK - itu dulu la. masa tu Ninda kamu masih anak dara. Cerita lama . Dulu mana ada clone D101, D99, D24 dan bagai. Dulu bawa pakai raga dan pikul sendiri. 

DURIAN KINI DAH MODEN - ZAMAN ALAF BARU - Datang dengan Pick-Up. Pok Li jadi Chief-De-Mission. Barisan depan sekali. Belanja lah dia. Dia bukan makan banyak pun. Seulas jer untuk setiap biji spesis. 


KITA DOAKAN HANYA YANG TERBAIK SAHAJA - jika pick-up ini terbalik. Kurang pasti samada kita tolong pemandu atau tolong alihkan Buah Durian demi keselamatan jalan-raya. 

PAYAH MENERIMA HAKIKAT - Ubat yang terbaik untuk Kencing Manis. 








LARANGAN UNTUK ANDA PENGEMAR DURIAN TEGAR.

Sila baca ini.