Wednesday, 8 August 2018

SIBUK BINA TANGKI AIR HARI INI

















BEGINI DALAM CERUCUK PEMBINAAN TANGKI AIR UNTUK MASJID AL-iTISAM.

Tuesday, 7 August 2018

CHEVROLET SPARK - 800 CC -ROADTAX RM20 SETAHUN


LALUAN IKLAN 

Chevrolet Spark
800 cc
Tahun 2005
Manual
Empat Tayar Baru,
Lower Arm Kiri & Kanan Baru.
Air-Con Sejuk Dingin.
Semua signal bergerak.
Radio & CD PLayer,
Remote Control
Alarm System
Wiper Blade Fungsi
Power Window Fungsi
Side Mirror Control Fungsi
Radiator Tiada Leaking
Seat Dalaman Cantik Tiada Koyak
Dua Kunci Keselamatan Untuk Hidupkan Kereta
Penjimatan Minyak Yang Hebat
Spareparts mudah cari di Klang
Roof Rack
Kereta K4
Cat dual Tone
Kereta Cutie-Mutie
Harga RM6500 Tunai - Siap Puspakom.
Whatapps : 019-5526799



Saturday, 4 August 2018

FESTIVAL BUDAYA SELANGOR - STADIUM MELAWATI


FESTIVAL SENI BUDAYA SELANGOR akan berlansung hari ini di Stadium Melawati Selangor. Dekat sahaja.

Tiada lagu Hard Rock atau Underground Musik - anda tidak perlu risau. Bermula jam 8.00 malam.

Jemputlah. 

Friday, 3 August 2018

BANYAKNYA TIANG TANGKI AIR UNTUK MASJID AL-I`TISAM

SENYAP TAK SENYAP - dah hampir 30 batang piling cerucuk besi telah ditanam di tapak tangki air Masjid.

Lanskap masjid kita akan berubah. Sedikit demi sedikit akan siap Masjid idaman semua. Jazakallah kepada penderma. Sedikit atau banyak - sangat-sangat membantu.

Jika perlukan tabung untuk diletakan dirumah , jangan segan segan mohon dari masjid .

Hantar nama anda:
Alamat Penuh :
Email:
Nombor HP :

Hantar whatapp anda kepada : 019-5526799
Tulis : Mohon Tabung Percuma.

Insya-allah kita boleh menjayakannya.


Thursday, 2 August 2018

KAWASAN TANGKI AIR MASJID

SEDAR TIDAK SEDAR CERUCUK TIANG UTAMA tangki air Masjid Al-I`tisam telah mula dijalankan.

Ini adalah penting kerana - jemaah kita sensiasa ramai dan memerlukan jumlah air yang banyak untuk berwudhu.

Mohon bersabar. Semua berjalan mengikut perancangan.

Wassalam. 

Saturday, 28 July 2018


TAHNIAH HAJI ROSLI & HAJAH  RAMLAH kerana menerima menantu perempuan. Makan sedp. Decoration mengalahkan hotel lima bintang. Pelayan catering peramah. Juadah beranika jenis. Cuaca pula redup. Kunjunganpun ramai. Deejay pun hebat. Apa lagi yang tidak kena. Semua indah belaka. Cuma gambar pengantin tak sempat ambil - dik kerana sibuk melayan tetamu serta kenalan. 


BILA DUA DATO MAKAN SAMA MEJA -  bersahaja cerita semasa. Dato Hamzah & Dato Baha sentiasa ceria dan bersahaja menghadiri majlis.



DURIAN MENYERANG TAMAN KITA







DALAM masa seminggu berbagai-bagai jenis lori, pick-up, kereta, motosikal dan sebagainya datang masuk taman kita jual Durian. 

Durian sedang murah ketika ini. Selonggok RM2.00 pun ada jual di Pasar Malam Saujana Indah - tetapi itu standard Bangla makan lah. 

Mereka suka beli yang murah - maka itulah budget mereka. 

Brhati-hati bila membeli. Kita bukan pakar Durian. Yang penjual jenis Musang pun banyak. Kata Musang King tetapi lain. Timbang pun lain jadinya. 

Maka masa inilah mereka raih keuntungan yang tinggi. Pada yang diabetik - lagi kena berhati -hati. 

Salam Durian. 



Tuesday, 17 July 2018

MASJID AL-ITISAM SUDAH ADA QRPAY DARI MAYBANK



UNTUK MENDAPAT PAHALA YANG LUMAYAN - dan saudara mahu menderma kepada Dana Pembesaran Masjid Al-Itisam , kini sunggoh mudah. 

Sila guna QRPAY - mudah, selamat & efektif. Sumbangan anda terus ke 

DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM 
MAYBANK : 5624-7813-0016

Fasa 3&4 sudah akan bermula. 





Monday, 16 July 2018

AL-KISAH DURIAN DI TAMAN KITA

HARGA 80 SEN SELONGGOK - itu dulu la. masa tu Ninda kamu masih anak dara. Cerita lama . Dulu mana ada clone D101, D99, D24 dan bagai. Dulu bawa pakai raga dan pikul sendiri. 

DURIAN KINI DAH MODEN - ZAMAN ALAF BARU - Datang dengan Pick-Up. Pok Li jadi Chief-De-Mission. Barisan depan sekali. Belanja lah dia. Dia bukan makan banyak pun. Seulas jer untuk setiap biji spesis. 


KITA DOAKAN HANYA YANG TERBAIK SAHAJA - jika pick-up ini terbalik. Kurang pasti samada kita tolong pemandu atau tolong alihkan Buah Durian demi keselamatan jalan-raya. 

PAYAH MENERIMA HAKIKAT - Ubat yang terbaik untuk Kencing Manis. 








LARANGAN UNTUK ANDA PENGEMAR DURIAN TEGAR.

Sila baca ini. 

Friday, 13 July 2018

TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID DI SURAU AL-HIDAYAH


















TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID DI SURAU AL-HIDAYAH PANGSAPURI SRI MELEWAR - penuh sokongan padu. 

Thursday, 12 July 2018

JEMPUTAN TAKLIMAT - SURAU AL-HIDAYAH PANGSAPURI SRI MELEWAR



HARI INI 28HB SYAWAL 1439 HIJRAH BERSAMAAN 12HB JULAI 2018 - Masih lagi ada bulan untuk Berhari Raya. 

Untuk taklimat esok di Surau Al-Hidayah Pangsapuri Sri Melewar - sesi 3/2018  bolehlah pakai Baju Melayu siap dengan sampin dari Trengganu ( Jangan yang beli dari Semua House yang buatan India buat pakai mesin ) 

Dengan bergaya baju baru Raya - maka taklimat kita mengenai status update Pembesaran Masjid Al-I`tisam akan bersemangat dan berkobar-kobar. Semua nampak cantik. 

Taklimat akan bermula selepas Solat Isya dan selepas Taklimat ada sedikit jamuan makan. 

Kita bersilaturahim pada masa ini. 

Penduduk Pangsapuri Sri Melewar sememangnya baik budi dan ramah mesra . Kita tidak rasa asing bila bersama mereka. 

Jemputlah hadir. 

Untuk urusan pertanyaan - 
Sila whatsapp pada talian 

0 1 9 - 5 5 2 6 7 9 9. 

Tinggalkan nama & pesanan. 










If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.