Saturday, 23 June 2018

HEAVY STORM WRECK HAVOC IN TTDI JAYA on 22nd JUNE

JALAN MALIM U2/6 adalah jalan yang tidak `level` . Setiap kali hujan lebat , kawasan ini akan ditengelami air dan yang terakhir untuk surut. Sudah lama perkara ini berlaku. Mulut sudah berbuih berkata-kata. Jari sudah kematu hantar whatapp. Cerita lama. Tiada tindakan. Tong Sampah warna biru turut hanyut membawa diri.

Setiap kali hujan lebat, kita Penduduk Taman TTDI Jaya semua berada dalam kerisauan. Risau peristiwa hitam yang pernah berlaku pada 26hb Februari 2006 berulang kembali. Luka lama. Parut masih segar dalam ingatan. Kesan kesan derita masih menghantui kita. 

Tembok pemisah sungai Damansara sudah berusia. Water valve agaknya sudah habis warranty period. Kawasan pam air hendaklah diselengara. Longkang telah diperbesarkan. Namun kawasan masih ditengelami air bila hujan lebat. 

Longkang dipenuhi air. Tidak bergerak. Inilah ceritanya. 

SEBAHAGIAN DARI JALAN MALIM U2/6 - tinggi sedikit air, maka kena pakir sampan untuk seberang rumah. Bau busuk, sampah bersepahan tambahan samdol bawa kereta laju menambahkan kepedihan jiwa. 

JALAN KARYAWAN U2/3 turut menderita dengan takongan air sebegini. 

BERTAKONG  AIR DI JALAN BUDAYAWAN U2/2. TONG SAMPAH JADI MANGSA. TERKULAI LAYU. 

JALAN BUDAYAWAN U2/2 - MENJADI WATER THEME PARK. SUDAH TIDAK PERLU KE SUNWAY LAGOON. SEMUANYA ADA DISINI. 

LORONG TENGAH BELAKANG antara Jalan Budayawan U2/2 dan Jalan Malim U2/6 - turut menjadi water themepark. Sudah tidak perlu pergi jauh hingga ke Gambang Pahang. 

LONGKANG BERTAKUNG  BELAKANG RUMAH . Bukan untuk acara renang kuak kupu-kupu atau kuak lentang.

PARAS AIR DI SUNGAI DAMANSARA - paras kritikal. 

ANAK JALAN YANG BERTUKAR MENJADI ANAK SUNGAI - JALAN MALIM U2/6 . 


TONTON VIDEO - NILAI SENDIRI. 

JAM 19.03 pam tidak berfungsi. Kaku. Duduk diam. Samdol. Seperti dalam gambar whatapp komuniti.  


Jam 19.29 baru pam berfungsi. Power trip - seperti yang diperkatakan. Seperti dalam gambar whatapp komuniti. 
KETUA RUMAH PAM - Encik Din & Mr Nizam  AJK Kombes


BILIK PELANCAR ROKET KE BULAN - begini rupa suis-suis dalam rumah pam. 

PENUH SAMPAH SARAP - bahan buangan serta daun-daun dan Ranting menambahkan seri wajah longkang yang tersumbat. 


NAHAS DI PERSIMPANGAN PETRONAS - mengakibatkan kesesakan lalu lintas. 

GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALANYA - cara kita urus kerja. Rasanya setiap kali ada kerja-kerja di kawasan Taman kita ini, kita perlu rakam gambar dan simpan. Untuk sebelum & selepas. 



End of Story.

Friday, 22 June 2018

NURIZZATI & IQBAL FAHIM SUDAH BERTUNANG !

ROMBONGAN MEMINANG DARI PIHAK LELAKI TIBA PADA TEPAT WAKTU - disambut oleh Tuan Ahmad Zaki & keluarga di Jalan Malim U2/6 Mayang Sakeenah, Taman TTDI Jaya Shah Alam Selangor. 

TAMPAN & SEGAK ORANGNYA - AHMAD IQBAL FAHIM BIN AHMAD KHALIL-29 tahun ,  rombongan dari Terenganu.

MEMBAWA 5 BEKAS HANTARAN & SEBUAH HARAPAN YANG SATU - Rombongan jauh datang dengan harapan memetik bunga ditaman. 

PENUH ADAT RINGKAS DAN TERATUR - Rombongan duduk untuk aturcara majlis yang seterusnya. 

INDAH BELAKA & HATI YANG IKHLAS - bukan tujuh dulang emas, tujuh tempayan air mata atau tujuh jenis beg tangan Hermes Birkin. Ringkas setulus hati. Sesuci cinta sang kumbang untuk memetik bunga di taman. 

ORANG KUAT AHMAD ZAKI TUAN RUMAH - Orang Jubah Hitam @ Haji Abdul Jabar - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya Baru * majlis ini tiada di bekalkan mikrofon - malang sunggoh :-(  ,  Orang Jubah Putih  @ Ayahanda Ustaz Haji Sujak & Orang Baju Melayu Hijau @ Mr Jalaini Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah aka Tuan Punya Pondok Talipon London. 

Duduk berihat diatas titi
Segar udara putihnya awan
Besar Hajat didalam hati
Memetik bunga ditaman tuan.


*
Pantun dari ayahanda rombongan lelaki. 

AYAHANDA AHMAD KHALIL - tersenyum lega peminangan anak lelakinya Ahmad Iqbal Fahim  diterima oleh keluarga Ahmad Zaki untuk bertunang dengan Nur Izzati Azyan. Berat Seketul Batu giling diatas bahu sudah tiada. 

SEBENTUK CINCIN BERLIAN, SEKAPUR SIREH & SEULAS PINANG - penyeri adat melayu dalam majlis pertunangan yang serba indah ini. 

KEDUA DUA AYAHANDA SEDANG DIRECT NEGO - urusan seterusnya, hantaran, mas kawin, duit belanja, tarikh dan segala urusan majlis perkahwinan anak mereka. 

COLLECTIVE AGREEMENT TELAH DICAPAI - Tuan rumah Ahmad Zaki sentiasa cool & in total control kekacakan dan bergembira menerima bakal menantu lelaki. 



SARUNG CINCIN - ikatan Pertunangan secara rasmi kedua belah pihak. 

SEMUA GUMBIRA - Majlis berjalan lancar, teratur dan indah belaka. 

MOMENT OF HAPPINESS - dua ayahanda, dua bonda dan dua bakal pengantin mengabadikan detik detik indah di majlis pertunangan pada hari ini 22hb Jun 2018.

TAHNIAH TUAN AHMAD ZAKI & ISTERI SERTA TUAN AHMAD KHALIL & ISTERI. 

BARU LEGA NAK MAKAN - Ahmad Iqbal Fahim yang sudah bertunang sebentar tadi menjamu selera dengan penuh penhayatan. 

BURUNG DALAM TAMAN - bunyi kicauan burung yang menyerikan majlis pertunangan hanya sejengkau jari dari permandangan. 

ORANG BERILMU TINGGI - hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang mampu membuatkan burung-burung bersarang tanpa sangkar. Ahmad Zaki sedang berkata-kata sesuatu dalam bahasa burung kepada anak-anak burung ini. Bunyi macam bahasa dedak burung. 

Thursday, 21 June 2018

KERJA MEROBOH & MENGEMAS FASA 1B






SUDAH ROBOH - bekas tandas pelajar tahfiz bagi memberi laluan untuk kawasan pakir sebahagian daripada pelan induk Pembesaran Masjid Al-Itisam. 





KERJA-KERJA MEROBOHKAN BANGUNAN TAHFIZ LAMA - sedang dijalankan sedikit demi sedikit. Bila semuanya roboh nanti nampak macam lokasi sesuai untuk Majlis Ibadah Qurban untuk buat disini. 



KERJA-KERJA PEMBERSIHAN - sedanag giat dijalankan pada hari ini. Kita akan melangkah ke pembesaran  Fasa 3 & 4 untuk pembangunan seterusnya. 

Untuk sumbangan - sila baca dibahagian tepi blogspot ini. 





End of Story. 


If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

PEMBAZIRAN AIR AKIBAT PAIP BOCOR



LIHAT VIDEO PEMBAZIRAN AIR INI - SUDAH BEBERAPA HARI. 




PEMBAZIRAN AIR - Semalam 20hb Jun 2018 - lebih kurang jam 7.40 pagi satu lapuran mengenai paip bocor telah dibuat kepada Whatapp Group Komuniti Mayang Sakeenah. 

Maka jawapan balas - lapuran kepada badan yang terlibat dan tindakan segera akan diambil. 

Hari ini 21hb Jun 2018 - lebih kurang jam 7.30 pagi di lokasi yang sama masih terdapat kebocoran. Lapuran kedua telah dibuat. Kita tunggu hasilnya. 

Ini adalah pembaziran melebihi beberapa hari. Air yang bersih mengalir buang begitu sahaja. Duit rakyat. 

Walk the talk. Take action please. 






End of story. 

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.