Tuesday, 19 June 2018

SEMUGA ALLAH MENCUCURI ROH KEATASNYA - ALLAHYARHAM NIK MUNIR IMAM SURAU AS-SAKEENAH

ALLAHYARHAM HAJI NIK MUNIR - semasa solat Eidul Fitri pada 15hb Jun yang lalu di Surau Sakeenah .

GAMBAR KENANGAN PADA PAGI HARI RAYA - ALLAHYARHAM NIK MUNIR paling kanan. 

SEORANG YANG PERAMAH & BUDI PEKERTI TINGGI - ALLAHYARHAM NIK MUNIR berjubah putih. 

KITA KEHILANGAN SEBUTIR PERMATA DIDALAM TAMAN- Allahyarham Nik Munir seorang yang amat disenangi oleh anak kariah di Taman ini. 

BACAAN YASIN - malam kelmarin oleh para sahabat jiran-jiran serta ahli keluarga terdekat. 

TAKLIMAT RINGKAS OLEH HAJI ABDUL JABAR - mengenai perancangan seterusnya bagi mengurus jenazah. 

Turut Berdukacita Muram Durjana. Wajah-wajah muram menceritakan segalanya. Kehilangan yang besar untuk Surau AsSakeenah. 

MENANTI DILUAR BILIK JENAZAH - sebahagian dari kenalan yang menanti di bilik jenazah Masjid Alitisam. 


URUSAN PERKEBUMIAN OLEH HAJI ABDUL JABAR - bersama dengan Mr Jailani Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah. 







TURUT KELIHATAN YB KHALID SAMAD (Baju Biru Tiga dari kiri)  - yang turut serta dalam solat Jenazah Allahyarham Tuan Haji Nik Munir. 

Haji Abdul Jabar yang memegang mikrofon memaklumkan bahawa Nik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir anak Allahyarham menjadi Imam solat Jenazah ayahanda tercinta. 



MOHON KEMAAFAN BAGI PIHAK KELUARGA - Nik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir mengucapkan terima kasih dan mohon kemaafan silap dan salah ayahanda beliau serta mohon halalkan makan minum semasa hayat ayahandanya yang tercinta. 


SAMA-SAMA mengusung Jenazah. Tanda kasih pada Allahyarham Nik Munir. 



BALU ALLAHYARHAM NIK MUNIR - PUAN SALMIAH - tidak mampu menahan kesedihan. 

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL - balu allahyarham tabah menghadapi kehilangan suami yang tercinta. 

SUDAH KERING AIR MATA. Sebak tidak terkata diatas kehilangan orang yang dikasihi. 

RAUT WAJAH YANG MENCERITAKAN SEGALANYA. WAJAH WAJAH SURAM DI TANAH PERKUBURAN. Tiada mampu untuk diulas dengan kata-kata. 


KEHILANGAN. Jiwa kosong atas kehilangan ini. Sukar mencari ganti. 

MASIH DALAM KEADAAN TERKEJUT - antara sahabat karib Allahyarham yang turut sama di tanah perkuburan. 

TERMENUNG MENGENANG KETIKA BERSAMA ALLAHYARHAM. 

TENANG DALAM KEDUKAAN - Tuan Jalaini - Pengerusi Kombes Mayang Sakeenah berkecamuk jiwa kehilangan seorang sahabat yang amat disayanginya. 

Nik Areeq Mizani B Nik Mohd Munir - anak Allahyarham cuba menenangkan diri disaat-saat kehilangan besar ini. 

Ustaz Fairuz begitu tenang membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 

BERFIKIR SEJENAK - tidak mampu menahan sebak. 
SAHABAT AKRAB TOK WAN - juga merasa kehilangan jiran yang disayangi. 

BILAL BERSEDIH. Haji Saleh turut merasakan kehilangan seorang sahabat yang hebat. 

TALIAN HAYAT kepada rakan-rakan lain yang bertanya kepada Major Hafizan - Bendahari Surau As-Sakeenah yang merupakan antara orang kuat menerajui Surau As-Sakeenah bersama Allahyarham Imam - Tuan Haji Nik Munir. 

LEKA DENGAN GAJET - anak kecil ini tidak menghiraukan keadaan sekeliling kerana leka dengan gadjet. 


MENDALAM - BACAAN TALKIN - mendengar dengan penuh penghayatan. 



MEMBAWA DIRI - Haji Yusof & Haji AR Bakar membawa diri mencari ketenangan diri realiti pemergian seorang sahabat yang dikasihi. 
KEMBALI KETANAH - semuga allah mencucuri roh keatas allahyarham . Allah lebih menyayangi beliau. 





Apabila menerima berita akan pemergian Allahyarham Tuan Haji Nik Munir ( 63 tahun ) Imam Surau Sakeenah Taman TTDI Jaya Shah Alam pada kurang lebih jam 10.45 malam - bagaikan satu tamparan yang hebat di pipi. Antara percaya atau tidak. Antara ingin membuat lawak prank yang tiada taste. 

Kita kehilangan seorang sahabat yang baik, seorang pemimpin yang disegani, seorang yang berhemah tinggi, seorang yang rajin dan seorang yang amanah dalam menjalankan tugas. 

Beliau peramah, ringan tulang dan berilmu. Berbual dengan beliu mengenai prinsip tata-kerja budaya Jepun, dengan fasih beilau akan menceritakan yang terbaik dengan rujukan yang bagaimana. 


Dia telah pergi buat selama-lamanya. Sempat dia menjadi imam solat Maghrib dan Isya pada 18hb Jun di Surau As-Sakeenah sebelum dijemput Allah swt. Sempat Allahyarham menunaikan tanggong-jawab beliau sebagai Imam sebelum pergi meninggalkan kita. 

Masih ramai dalam kesedihan. Masih ramai dalam kebingungan. Sayangnya kita pada Tuan Haji Nik Munir bagaikan saudara kandung sendiri. Mohon ampunkan kesalahannya. Maafkan dia. Halalkan segala makan minum dia. 

Kini hanya tinggal kenangan. Damailah kau disana. Semuga Allah swt mencucuri Roh keatas mu dan menempatkan syurga buat mu. Al-Fatihah. 




End of Story. 

Wednesday, 13 June 2018

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DRP IR NAZIR MASJID AL-ITISAM



UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR & BATIN 
DARIPADA 
PENGURUSAN DAN AJK 
MASJID AL-ITISAM 
SESI 2016-2018




PS: Blogmaster bercuti dari 14hb June hingga 20hb June 2018. Balik Raya Kampong. Laptop tak bawak. 
Kampong tarak wifi. Sila beli surat khabar. Harap Maklum. 


*****
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

Tuesday, 12 June 2018

MENCARI PAHALA RAMADAN


INSAN YANG PERIHATIN :  Ini Abang Rahmat. Lemah lembut orangnya. Berbudi bahasa yang baik. Tanpa disuruh atau diperintah, Abang Rahmat setiap hari selepas Solat Terawikh akan memasukan air kedalam Water Cooler yang ada didalam Dewan Solat Utama (DSU) Masjid Al-Itisam.


Setiap hari water cooler ini dahaga dengan putaran hampir 12-16 jam sehari ini adalah kerana cuaca yang agak panas sejak kebelakangan ini. 

Abang Rahmat membeli hose getah yang panjang mngunakn duit sendiri              (jazakallah) untuk memudahkan kerja-kerja memasukan air kedalam Water Cooler yang sebanyak 10 unit ini. 

Kerja-kerja ini perlukan tenaga kudrat juga memandangkan Water Cooler ini berada di merata tempat dan hendaklah dibawa berhampiran dengan sumber air yang terdekat. 

Abang Rahmat juga merupakan salah seorang "Orang Kuat" semasa Hari Raya Qurban di Masjid Alitisam. Dia pakar menumbangkan Lembu untuk dibawa ke pelantar sembelihan.  


Semuga Allah swt memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Abang Rahmat agar beliau dapat meneruskan bakti kepada Masjid Alitisam ini. Insyallah. 




Habis cerita. 

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

KAWALAN KESELAMATAN MAYANG SAKEENAH DALAM KEADAAN TERKAWAL YAKNI UNDER CONTROL


SECURITY POWER : Perkara yang memberi sedikit keamanan serta rasa selamat didalam kawasan kejiranan kita ialah Kawalan Keselamatan.

Di Taman kita terdapat tiga kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan iaitu Mayang Sutera, Mayang Sakeenah dan Mayang Harmoni. Ini tidak termasuk pangsapuri Ilham dan Pangsapuri Jaya.

Mengurus Kawalan Keselamatan tidak mudah hanya melalui whatapp atau sms atau panggilan talifon. Ianya memerlukan pengurusan yang baik serta muafakat kejiranan yang baik.

Kita perlu tahu bahawa yang mengurus juga penduduk di taman ini. Mereka buat secara sukarela dengan rela hati mengorbankan masa, tenaga dan ada ketikanya wang ringgit sendiri untuk keharmonian taman tempat kita tinggal bersama.

Don't take things for granted - a friendly loving advice to the residents. Bila masa perlu bayar RM50.00 sebulan buatlah bayaran itu. How can you enjoy a peace of mind under the expense of other who are paying religiously ? Tebal pipi dalaman sedikit.

Let me give you the wonderful breakdown. Its about RM600.00 per year or RM300 per six months or RM150 for every three months.

How to pay ? Bank in to the Bank Account and what app the receipt.

How the security work ? They stop vehicles without sticker. They do their ronda every hour at night. They closed one lane after 12.00 midnight. 


And you are counting your fat RM50 monthly payment!
Shame!
YOU ROCK, MR GORBACHAN : Penulisan dengan tulus ikhlas. Mr Gorbacan adalah antara pengurusan Jawatankuasa Keselamatan Mayang Sakeenah yang tidak mengerti erti penat & letih untuk memastikan kawalan keselamatan di Mayang Sakeenah sentiasa dalam keadaan sempurna sentiasa.  Setiap aduan atau pendapat yang diterima, beliau akan bersama AJK lain untuk menyelesaikan masalah itu. 

Bahagian kita pula, ringankanlah bebanan AJK Kawalan Keselamatan ini. Bayar ikut jadual agar Kawalan Keselamatan dapat berjalan lancar. 

Sampaikan maklumat ini kepada jiran anda...

"Sudahkah Anda Membayar Duit Kawalan Keselamatan , Mayang Sakeenah ?"

Anda hebat. 😉






End of Story . 
If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

Monday, 11 June 2018

MASJID ALITISAM BERGERAK KEARAH FASA 3 & 4


Sedar tidak sedar, setelah hampir 30 bulan Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam, kita sudah melangkah ke Fasa 3 & 4. * Lihat gambar diatas. 

Segala pahit, manis, masam, masin, tawar & sebagainya dirasai semasa mengharungi Projek Pembesaran Masjid ini. 

Membina rumah Allah tidak mudah apatah lagi dengan dana yang terhad, dengan ilmu yang tidak seberapa dan dengan persekitaran yang mencabar. 

Namun dengan semangat yang gigih, kerja berpasukan serta menganalisa persekitaran - diam tak diam Fasa 1 A, Fasa 1 B dan Fasa 2 telah disiapkan dan mula diduduki. 

Fasa 3 & 4 memerlukan dana sebanyak RM3.27 juta dan anggaran lagi RM3 juta untuk kerja-kerja dalaman Fasa 1. Jumlah yang diperlukan ialah RM6.27 juta sehingga kini. 

Bilakah anda mahu memberi sumbangan untuk menjayakan masjid ini? 

















If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

Sunday, 10 June 2018

TAKLIMAT PEMBESARAN MASJID KEPADA PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR









SEMANGAT YANG BERKOBAR-KOBAR. Dengan semangat yang jitu Tuan Haji Abdul Raman selaku Bendahari Masjid Alitisam sesi 2016-2018 sedng memberi taklimat mengenai Pembesaran Masjid Alitisam kepada tiga (3) orang pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor.

Turut hadir didalam Taklimat Ringkas ini ialah Encik Mujorburrahman Setiausaha  Ybhg Prof Dr Shaharuddin, Encik Zabri bin Ahmad, Ketua Unit Kebajikan DUN Sri Setia dan Encik Hisham Bin Manap Ketua Ranting PKR TTDI Jaya Shah Alam Selangor.

Objektif utama taklimat ringkas ini ialah memohon bantuan dana dari Kerajaan Negeri bagi meneruskan Projek Pembesaran Masjid Alitisam yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM6.3 juta yang diperlukan untuk Fasa 3 & 4 ini.

Dengan berkat usaha gigih dari Jawatankuasa Masjid, serta sokongan dari anak kariah berserta dengan doa yang tidak putus-putus dari semua - Insyaallah kita mampu melaksanakan projek ini dengan jayanya. 


BERBUKA PUASA BERSAMA : Bersama dengan Pegawai dari Pejabat Menteri Besar Selangor, mereka di jemput untuk berbuka Puasa bersama sama . 






END OF STORY 

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

MASTERCHEF ARIF - PAKAR BUBUR LAMBUK TAMAN

MAHAGURU MASTERCHEF ARIF - Pakar masak Bubur Lambuk Alitisam sedang menurunkan ilmu-ilmu ( Chapter 1.0 )  Bubur Lambuk kepada Haji Arpi.

"Untuk memastikan bubur lambuk kita sedap dan lazat, kita hendaklah sentiasa cool bila potong daging " kata Mahaguru Masterchef Arif kepada Haji Arpi. 

FREELANCE BOMOH HUJAN : Memasak bubur lambuk akan tergendala jika hujan lebat. Ini adalah kerana dikhuatiri adunan ramuan rahsia yang diperturunkan dari zaman perang Jepun dahulu tidak mengikut piawaian ISO9001 seperti yang dimahukan.

Kelihatan Tuan Haji Abdul Jabar membaca doa Bubur Lambuk Lazat untuk acara pagi ini. 


MUSLIMAH POWER : Didalam aktiviti memasak ini, tidak akan sunyi dari aktiviti memBAWANG. Tanpa Bawang, aktiviti tiada meriah dan membosankan. 

MR BUSY BODY - MR INTER FRAME. As usual la, Mr Look Busy do Nothing is here. 


JANGAN LUPA BUBUR LAMBUK  : Dapatkan Bubur Lambuk Alitisam secara percuma anda pada hari ini. 

Sehingga stok masih ada. First come first served. Take what you can eat. 





End of Story.


If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH ?



USTAZ ARIF AMIL ZAKAT MASJID ALITISAM : Antara ustaz-ustaz yang paling '"cool personality" di Masjid Alitisam ialah Ustaz Arifuddin yang pada tahun ini telah dilantik sebagai salah satu Amil Zakat untuk Masjid Alitisam. 

Dalam melaksanakan apa apa tugasan yang diberikan, beliau kelihatan sunggoh tenang and in total control. 

Mudah tersenyum dan sentiasa ringan tangan untuk membantu. 

Anak-anak Kariah yang mahu membayar Zakat Fitrah begitu senng sekali dengan cara beliau. 

Teruskan usaha bakti Ustaz.  






End of story. 

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

JUALAN DAGING SEGAR






INTERNAL ORGANS ? Kepada peminat lah. 

JUALAN DAGING SEGAR DEPAN MASJID ALITISAM:   Mencari rezeki semenagnya mudah dibumi bertuah ini. Janji cekal dan berani berusaha.

Hari ini seorang peniaga daging lembu segar menawarkan harga yang cukup istimewa kepada anak kariah taman kita. Lembu baru disembelih dan harga amat berpatutan.

Maaf, jika saudara lambat - beli pisang dibawah ini sahaja. Batang Pinang - Sold Out ! Hati - Sold Out. Ekor - Gone !
Kepala - Booked !
PISANG ANYONE ? - tak tanya pulak harga . Nampak elok. 





If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

Thursday, 7 June 2018

AL-FATIHAH




AL-FATIHAH - ALLAHYARHAMAH KHAIROL NABIYAH BINTI MOHD SIDEK (61 TAHUN) telah kembali kepada penciptanya pada 6hb Jun, 2018 di Hospital Serdang akibat komplikasi jantung.  

Jenazah telah diuruskan oleh Masjid Alitisam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam Selangor. 









END OF STORY.

If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. 

 PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.

MATA YANG SEMAK - BILA NAK BUANG ?

PROMOSI AIR MINERAL - kurang pasti samada ini merupakan satu promosi air-mineral cara baru. 

BERBELIT BELIT BENDERA - akibat tiupan angin politik. Hampir setiap ketika bertukar arah. Ikut kepala angin la.

HANYA TINGGAL KENANGAN. Bendera yang pada suatu ketika dahulu amat digeruni semasa  Pilihanraya, kini ditemani Gagak di Rimba.

MENGUNDANG BAHAYA - ini menanti masa untuk satu kemalangan sahaja. Anak panah hijau menunjukan kubu kuat Hijau ada didalam Taman ini. Tetapi bendera semua telah dicabut dengan penuh berdisiplin. Takbir!   ;-)

BAGAI PEKAN COWBOY - sangat menyakitkan mata & gegendang telinga.




SUDAH HAMPIR 30 HARI PRU14 BERAKHIR. Bendera bendera Parti meriah dipasang sejak awal bulan April lagi.


Ianya sepatutnya sudah boleh dibuka @ Buang. Namun kerana nostalgia cinta kepada parti yang tidak berbelah bagi - ianya ditinggalkan begitu sahaja. 

Persoalannya - SIAPAKAH YANG BERTANGGONG JAWAB membuang ini semua? Bilakah ianya akan dilakukan? 

Daripada Pilihanraya dah nak masuk Raya dalam masa beberapa hari lagi - bendera ini masih terlekat di sepanjang jalanraya utama dihadapan Taman kita. 




END OF STORY.



If you have anything interesting to be published or any specific subject to share pertaining to this wonderful Taman, please write to me at aidirosli2@gmail.com :-) Lets see where it leads from here...Thanks. 

PS : Should you want to donate to Alitisam Mosque - please forward your donations to : 
DANA KOMPLEKS ISLAM AL-ITISAM - MAYBANK : 5624 7813 0016 for Phase 3 & 4 . Thanks.