 |
| Tuan Haji Raman bersama Isteri dan Pok Li menziarah Haji Nik Munir di rumah beliau pada 28hb Februari, 2017. Nik Munir begitu terharu akan ziarah persaudaraan ini. " Inilah uniknya Taman kita. Silaturahim sentiasa kukuh sesama kita " kata beliau dengan penuh terharu. |
Sambil menikmati secawan Capucino Kampong , Tuan Haji Nik Munir - Imam Surau As-Sakeenah mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada para sahabat yang melawat beliau semasa dirawat di Hospital Shah Alam baru-baru ini.
" Berkat doa dari sahabat-sahabat sekelian telah memberi saya semangat untuk beransur pulih bagi membolehkan saya mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat " kata beliau semasa lawatan kasih sayang penduduk setempat.
" Alhamdullilah. Saya beransur pulih serta mampu berjalan sekeliling rumah. Insya-Allah akan bersama sahabat-sahabat lain dalam masa terdekat " tambah beliau.
Get Well Soon Haji Nik Munir.