Tuesday, 27 September 2016

SMK TTDI JAYA BERJAYA KUTIP RM123,000 DANA SEKOLAH

KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN :  Glamour seketika apabila acara sekolah disiarkan dalam mainstream akhbar. 

CUACA YANG BAIK UNTUK BERGEMBIRA : Tidak menghiraukan keadaan sekeliling, adik ini amat bergembira bermain belon bersama keluarga pada hari santai di SMK TTDi Jaya Shah Alam. 

GEMBIRA BERSAMA SATAY-SATAY PANAS  : Mungkin ada sesuatu yang melucukan sambil membakar satay. 


NOOR JANNAH BT ABU HANIFAH dari SMK Seksyen 17 mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Suara yang merdu, lantang, jelas serta penafasan yang baik mempersonakan ramai penonton dengan sorakan selepas mendendangkan sebuah lagu. 

YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATUK SERI UTAMA HAJI MOHD ISA B. DATO HAJI ABDUL SAMAD - Pengerusi FELDA merangkap Ahli Parlimen Jempol Negeri Sembilan merupakan VVIP UTAMA pada majlis ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000.00 kepada SMK TTDI Jaya . 

YANG BERBAHAGIA DATIN FAZLEEN IDOURA BINTI OTHMAN - Naib Yang Di Pertua PIBG SMK TTDI JAYA Shah Alam  " PIBG SMK TTDI Jaya sentiasa berusaha mencari inisiatif-inisiatif baru dalam membantu pihak sekolah melengkapkan prasarana sekolah seperti penutupan longkang, kerosakan seperti bumbung sekolah, kerusi murid, laluan bumbung murid bagi mengelakan murid basah dan lain lain. Ini bertujuan untuk anak didik sekolah ini boleh menikmati suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

Usaha ini bertepatan dengan saranan yang ingin dizahirkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM) dalam Anjakan ke-9 iaitu penglibatan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta secara meluas ".
YANG BERUSAHA DATO TAMRIN GHAFFAR .  
Dari kiri : Yang Berusaha Tuan Haji Azahar Nor Arifin bin Ahmad - Pengetua SMK TTDI Jaya, Yang Berbahagia Datuk Mohd Hafarizam bin Harun Penanung kepada Projek Telenthon dan Dato Tamrin Ghafar.






SELFIE BERSAMA RAKAN-RAKAN . 

Gerai minuman terbaik dipamirkan. 


Fresh air Kelapa Laut. 











Sunday, 18 September 2016

PASAR MALAM SAUJANA INDAH SETIAP HARI JUMAAT





PASAR MALAM SAUJANA  INDAH SETIAP HARI JUMAAT :

Merupakan lokasi hanya diseberang jalan hadapan Masjid Al-I`tisam. Pelbagai barangan yang dijual dsini termasuk sayran, daging , ikan, baju, makanan dan peralatan elektronik murah.  

SAYUR-SAYURAN : Terbaik dari ladang. Murah & segar. 

LAKSA UTARA & BIHUN SUP : Panas & mendidih kuah. Dua periuk besar setiap minggu. 

DAGING SEGAR DARI LEMBU SIHAT WALAFIAT : Merah daging ini dan harga berpatutan. 

SAYUR BANGLADESH : Bagaimana ianya tumbuh segar disini - tidak diketahui .

PUTU BAMBU PANDAN : Enak sekali makan depan TV, belakang TV, dalam kereta atau bagi kawan-kawan. 

SAYUR SEGAR . 

KEENAKAN WADE : Paling ranggup & paling laris. 




COCONUT SHAKE ; Paling laris . 



Friday, 16 September 2016

Mr Lee Jual Buah Buahan depan Maybank




Hampir setiap hari kita dapat melihat Encik Lee berniaga buah-buahan dihadapan Meybank. Beliau berasal dari Klang. 

Peramah orangnya. Buah-buahan berkualiti dan tidak begitu mahal. Menumpang mencari rezeki di taman kita. 

Mr Lee  :  Hari ini kurang bernasib baik lah abang. 

Abang   :  Kenapa tawkay ? Buah kurang laku ka ? 

Mr Lee  :  Haiyaa...tadi ada seorang budak india naik motor   beli saya punya buah rambutan. Dia bayar RM100 untuk beli sepuloh ringgit saya punya rambutan. 

Abang   :  Apa masalah?

Mr Lee  : Kemudian dia kata tak mau sebab dia mau pulasan dan kansel beli. Saya kasi itu duit RM10 balik dan ambil itu rambutan. Dia angkat RM10 dari saya dan terus pergi. Saya check balik itu RM100 duit palsu. Hari ini sudah rugi Satu Ratus Ringgit.

* Tampar dahi. 

Moral of story - sentiasa berhati-hati dengan duit besar RM100.00 dan RM50.00 duit palsu banyak berkeliaran. 








SURAU SAKEENAH ANJUR QURBAN 6 EKOR DIKETUAI OLEH USTAZ YAZID










SURAU SAKEENAH ANJUR QURBAN SEBANYAK 6 EKOR LEMBU - Ustaz Yazid  Pengarah Qurban Surau As-Sakeenah menyermpurnakan qurban salah satu lembu di perkarangan Surau As-Sakeenah. 

TAKLIMAT KEPADA MUSLIMAH - Ustaz Yazid  Pengarah Qurban Surau As-Sakeenah sedang memberi taklimat khas kepada kaum muslimah, bagaimana untuk menyinsir daging qurban dengan cara yang paling baik dan effisyen.

" Alhamdullilah - pada tahun in 10hb Zulhijjah 1437H, kita dapat melaksanakan Ibadah Qurban sebanyak 6 ekor di Surau As-Sakeenah buat pertama kalinya.

Sambutan dan sokongan yang diberikan oleh masyarakat tempatan adalah diluar dugaan dari segi sokongan tenaga, dana serta moral.

Walaupun terdapat beberapa cabaran, namun kita dapat atasinya dengan baik dan sempurna.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak lansung bagi menjayakan program ibadah qurban ini di Surau As-Sakeenah. " kata Ustaz Yazid mengakhiri perbualan. 


SEMBELIHAN QURBAN PERTAMA - Dengan bantuan tenaga asing Ustaz Yazid melaksanaakan tanggong-jawabnya dengan sempurna menyembelih lembu qurban yang pertama. 
MUSLIMAH SURAU AS-SAKEENAH - turut menjayakan ibadah qurban surau. Walaupun tidak ramai namun tetap dapat berkerjasama serta menjalinkan semangat kemasyarakatan yang baik. 

SENARAI PERSERTA QURBAN DAN AJK KHAS - Majlis Ibadah Qurban Surau As Sakeenah tahun 1437H . 

SEMANGAT KERJASAMA YANG ERAT - antara muslimah yang bertungkus lumus menjayakan Program Ibadah Qurban Surau As-Sakeenah 10 Zulhijjah  1437H.  Terima kasih kepada semua yang terlibat .