Sunday, 17 April 2016

CERAMAH USTAZ HAJI ABDULLAH KHAIRI BIN HAJI HARON - FULL HOUSE

CERAMAH USTAZ HAJI ABDULLAH KHAIRI BIN HAJI HARON pada 16hb April, 2016 selepas Solat Maghrib berjaya memenuhkan masjid disetiap ruang. 

TAJUK CERAMAH MAGHRIB : Kepentingan Solat Berjemaah Pengimarahan Masjid disampaikan dengan begitu bersahaja serta berjenaka yang tidak membosankan. 

CONTOH BAGAIMANA SOLAT DILAKUKAN .








RUANG MASJID YANG PENUH DARI PELBAGAI SUDUT. Ceramah begini mampu menarik minat anak kariah untuk memenuhi setiap ruang di dalam masjid ini. 

Bersama keluarga dan siaapkan kerja rumah. 

Bakal generasi Ustaz yang tersohor. 

Bawa bersama anakanda yang tercinta di masjid untuk mendengar ceramah majlis ilmu. 

Thursday, 14 April 2016

PAPAN TANDA PROJEK PEMBESARAN MASJID AL-I`TISAM DI SELURUH TAMAN


Kerja-kerja pemasangan Billboard Kecil untuk Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya sedang giat dijalankan. Cuaca panas yang membahang pada bulan ini begitu mencabar bagi pekerja tempatan ini bagi menjalankan tugas. 

Mereka terpaksa bekerja pada lewat petang hingga malam untuk menyiapkan tugas ini kerana terlalu kepanasan kerana dikhuatiri heatstroke. 

Mohon kerjasama penduduk untuk tidak mencacatkan papan tanda ini. 

BUMBUNG MASJID SUDAH KELIHATAN











Wajah Yang Baru dan Yang Lama. Sedikit demi sedikit wajah pembesaran masjid ini menampakan rupa. 





Gambar ini diambil pada 14hb April, 2016. 

PHOTOGRAPHY OF THE MOSQUE DEVELOPMENT NEED NOT BE BORING

Safe from the unwanted hands. 
This is where it is located.
Hanging high.

Dry cleaning made easy. 

Amazing sense of balance!


Wiring stuff. 


Comparison of brick walls.

Another view from the Tahfiz location.

For you Malaysia & Selangor. 


Monday, 11 April 2016

BUMBUNG PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM


BAYANGAN BESI DI PUNCAK MASJID : Bila sang suria memacarkan cahayanya tiada gentar untuk menyiapkan apa yang telah ditugaskan. 


KERJA-KERJA PEMBERSIHAN .

SERABUT ITU INDAH BAGI SEORANG JURUTERA : Ini semua progres kerja yang akan dijalankan dengan penuh teliti. 

BAYANGAN KERJA : Suatu gambaran yang memprsonakan. 


PUAS HATI : Melihat akan status pembikinan ini membuat hati saya teruja - Puas hati. Sedikit demi sedikit pembesaran Masjid Al-Itisam ini bergerak dengan majunya.

Hari ini mereka akan menaikan tiang-tiang besi untuk membuat bumbung Masjid ini. Lihatlah kesunguhan mereka bermandikan cahaya terik sang suria sekitar jam 10.00 pagi.

Sumbangan anda amatlah dialu-alukan. 

PAPAN TANDA PROJEK PEMBESARAN MASJID SIAP DIPASANG





PAPAN TANDA PROJEK PEMBESARAN MASJID       AL-I`TISAM telah dipasang pada hari khamis yang lalu 7hb April, 2016 telah siap sepenuhnya. 

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan di kawasan sekeliling bagi memastikan lanskap kawasan ini cantik dan mengamit sumbangan anak kariah tempatan.

Papan tanda yang berukuran 8 kaki X 80 kaki ini memerlukan kekuatan sandaran besi yang diperkuatkan dari belakang zink dinding Taski.

Semua model didalam papan-tanda ini adalah yang sebenar dari pelajar Tahfiz serta Taski.

" Kita mempunyai model-model talent yang rupawan serta photogenic " kata salah seorang anak kariah tempatan.

Tahniah.

 

Sunday, 10 April 2016

PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH TTDI JAYA GIAT DIJALANKAN






SEBAHAGIAN DARIPADA TUGASAN : Jika anda mengadu akan pekerjaan anda sukar maka anda harus lihat gambar ini. 

Bergantung dalam ketingggian 30-40 kali melalui sebuah kren didalam keadaan panas terik @ heatwave ketika ini pada kepanasan 34 darjah selsius maka kita harus bersyukur. 

Berikut adalah kerja-kerja pemasangan kubah Surau Sekolah Rendah TTDI Jaya yang bersebelahan dengan masjid Al-I`tisam. 

Kurang pasti samada cara sebegini merupakan satu perkara yang normal dari segi pembinaan sebuah surau. 

Saturday, 9 April 2016

MESYUARAT PENAJA PESATUAN PENDUDUK TTDI JAYA (BARU)

PENGERUSI MAJLIS PENAJA PERSATUAN PENDUDUK TTDI JAYA (BARU) SHAH ALAM SELANGOR TUAN HAJI ABDUL JABAR KASIM  bersama Pengerusi Penaja Tuan haji Zakaria Merican bin Ishak Merican pada 8hb April, 2016 bertempat di Restoren Chempaka Claypot Taman TTDI Jaya Shah Alam.
Kehadiran yang amat memuaskan menandakan sokongan padu dari otai-otai Taman TTDI Jaya Shah Alam pada sessi taklimat ini. 

Datuk Baharuddin Che Zain Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penaja sedang khusyuk mendengar taklimat dari AJK Penaja. 



Antara yang hadir pada mesyuarat taklimat Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk TTDI Jaya (Baru) pada 8hb April, 2016 di Restoren Chempaka Claypot di Jalan Opera A U2/A Taman TTDI Jaya Shah Alam kelmarin.  
.

Thursday, 7 April 2016

IKLAN PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM





Kerja-kerja pemasangan Iklan Billboard besar Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam sedang giat dijalankan. In-Sya-Allah akan siap sepenuhnya sebelum solat Jumaat 8hb April, 2016. 

Kawasan ini perlu bersih dan cantik bagi mengambarkan keindahan sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan. 

Sampah sekeliling, baju & kain yang disangkut pada pagar, semak samun, pokok petai hutan ditepi papan iklan ini mencacatkan permandangan yang akan menyebabkan selera untuk menderma berkurangan. 

Kita kena ringan mulut menegur warna asing atau warga tempatan untuk menjaga kebersihan persekitaran masjid. Ini tanggong-jawab kita bersama. 



Matlamat asal adalah untuk memberitahu akan Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam untuk keselesaan semua anak kariah dan muslimin dan muslimat yang hadir untuk beribadah dan majlis ilmu. Sebuah bangunan pentadbiran akan dibina bersama dengan sebuah tahfiz.

Infaq anda dalam bentuk kewangan amat diperlukan. Mari kita semua jayakan pembesaran masjid ini. 

()()()()()