Sunday, 10 April 2016
Saturday, 9 April 2016
MESYUARAT PENAJA PESATUAN PENDUDUK TTDI JAYA (BARU)
![]() |
| Kehadiran yang amat memuaskan menandakan sokongan padu dari otai-otai Taman TTDI Jaya Shah Alam pada sessi taklimat ini. |
Datuk Baharuddin Che Zain Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penaja sedang khusyuk mendengar taklimat dari AJK Penaja.
Antara yang hadir pada mesyuarat taklimat Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk TTDI Jaya (Baru) pada 8hb April, 2016 di Restoren Chempaka Claypot di Jalan Opera A U2/A Taman TTDI Jaya Shah Alam kelmarin.
.
Thursday, 7 April 2016
IKLAN PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM
Kerja-kerja pemasangan Iklan Billboard besar Projek Pembesaran Masjid Al-Itisam sedang giat dijalankan. In-Sya-Allah akan siap sepenuhnya sebelum solat Jumaat 8hb April, 2016.
Kawasan ini perlu bersih dan cantik bagi mengambarkan keindahan sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan.
Sampah sekeliling, baju & kain yang disangkut pada pagar, semak samun, pokok petai hutan ditepi papan iklan ini mencacatkan permandangan yang akan menyebabkan selera untuk menderma berkurangan.
Kita kena ringan mulut menegur warna asing atau warga tempatan untuk menjaga kebersihan persekitaran masjid. Ini tanggong-jawab kita bersama.
Matlamat asal adalah untuk memberitahu akan Projek Pembesaran Masjid Al-I`tisam untuk keselesaan semua anak kariah dan muslimin dan muslimat yang hadir untuk beribadah dan majlis ilmu. Sebuah bangunan pentadbiran akan dibina bersama dengan sebuah tahfiz.
Infaq anda dalam bentuk kewangan amat diperlukan. Mari kita semua jayakan pembesaran masjid ini.
()()()()()
Saturday, 2 April 2016
MENCARI REZEKI DISUNGAI DAMANSARA
REZEKI ADA DIMANA MANA . Samada kita mampu berusaha atau rasa jijik untuk melakukannya yang membezakan antara kita.
Di tebing Sungai Damansara kita mampu melihat sahaja namun ianya menjadi punca rezeki buat orang lain.
Hasilnya lumayan dan kepuasan yang mendalam. Persoalannya - pernahkah saudara memancing di Sungai Damansara hadapan rumah kita ?
Friday, 1 April 2016
STATUS PEMBESARAN MASJID AL-ITISAM
GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALANYA. Inilah rupa wajah status kedudukan projek pembesaran Masjid Al-Itisam Taman TTDI Jaya Shah Alam.
Sumbangan ikhlas masih dialu-alukan. Masih jauh tersasar kutipan yang perlu dibuat untuk merelisasikan projek ini.
Untuk Infaq salurkan kepada
Maybank akaun : 5624-7813-0016
Dana Komplek Islam Al-I`tisam perlukan infaq anda.
AYAHANDA USTAZ SUJAK SENTIASA MESRA PADA ANAK KARIAH
Dalam keadaan kesibukan Ayahanda Ustaz Sujak pada 26hb March 2016 yang lalu, beliau sempat menemankan anak kariah beliau untuk menjadi saksi pada majlis akad-nikah yang berlansung di Masjid Tuanku Ampuan Jamaah Bukit Jelutong Shah Alam.
Kehadiran Ayahanda Ustaz Sujak senantiasa disegani serta dihormati .
Kehadiran Ayahanda Ustaz Sujak senantiasa disegani serta dihormati .
USTAZ MUHAMAD MUSLIM MOHD ZUKI AL-HAFIZ (IMAN 1 MASJID BANDAR BUKIT TINGGI KLANG) mengalunkan salawat dan bacaan doa yang begitu merdu dan lunak pada 27hb March 2016 di The Space Grandballroom, Space U8, Bukit Jelutong Shah Alam pada majlis wallimatulurus.
Monday, 21 March 2016
DINDING SUDAH MULA SIMEN
![]() |
| TANDA ISYARAT SKODENG : Nampak macam skodeng biasa. Apabila diamati secara teliti, jurukur ini sedang menyatakan isyarat untuk ketepatan ukuran pada rakan beliau disana. |
![]() |
| BERSAMA TONGKAT SAKTI : Rakan jurukur ini tetap setia bersama tongkat sakti besi ketepatan ukuran. |
| CUBA NASIB DENGAN T-SHIRT INI : Siapalah yang bagi T-Shirt dengan perkataan begini. Dia ni tahu pakai saja. Dia tidak mungkin faham maksud. |
| PINTU AHMAD ALBAB YANG PUNYA : Besar pintu besi kawasan pembinaan ini. Mungkin Ahmad Albab yang punya. |
![]() |
| PANAS HEAT WAVE : Panas yang ketara sejak kebelankangan ini menyebabkan keperluan air yang banyak untuk bekerja keras begini. Inilah Hero yang tidak didendang. |
Saturday, 19 March 2016
TAHFIZ AL-I`TISAM PERLU BANTUAN ANDA
TENANG & KHUSYUK: Wajah mereka tenang, sejuk & fokus.
Mereka adalah bakal tahfiz dan tahfizah dari Masjid Al-Itisam ini.
Segala ini adalah berkemungkinan dengan bantuan yang ikhlas dari saudara semua. Bantuan dari segi material, kewangan atau perkidmatan amatlah di alu-aluan.
Saudara boleh berbuat demikian dengan memasukan bantuan kewangan anda kedalam tabung didalam masjid - Tabung Tahfiz Masjid Al-Itisam atau terus menghubungi Nazir Masjid atau mana mana Ahli Jawatankuasa bagi tujuan murni ini.
Mulanya disini.
Thursday, 17 March 2016
" Itu dinding kasi simen "
| BERDIRI TEGUH : Kerja-kerja pembersihan kawasan sedang dilakukan sebelum menyiapkan dinding fasa 1 masjid Al-Itisam ini. Dari tapak yang kosong pada awal bulan November 2015 sehingga kini. |
LAJNAH KEBAJIKAN PERLUKAN BANTUAN BARANGAN
Subscribe to:
Posts (Atom)












